in

“Dia bawa pulang 2 emas” – Kisah Lee Zii Jia & Bangmed Patut Jadi Inspirasi

bangmed 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebenarnya, setiap kejayaan yang kita perolehi selama ini adalah hasil daripada usaha serta sokongan dan doa daripada orang terdekat.

“Dia bawa pulang 2 emas”

Sehingga ke hari ini Lee Zii Jia menolak untuk ditemu ramah oleh mana-mana wartawan kecuali wartawan Astro Arena, Bangmed atau nama sebenarnya Ahmed Shahrazad Sani. Bangmed dikatakan menjadi saksi jatuh bangun Lee Zii Jia sehingga dia berjaya meraih pingat gangsa dalam acara badminton pada olimpik kali ini.


Artikel berkaitan: “Pencetus semangat atlet Malaysia” – Ramai Netizen Gelar Bangmed ‘Wartawan Of The Year’

Artikel berkaitan: &”RM 22K ye!” – Bawa Beg Goyard Ke Olimpik, Lee Zii Jia Dipuji Ada ‘Taste’!

Menurut seorang lelaki di TikTok, Lee Zii Jia dan Bangmed dapat diibaratkan seperti dua ’emas’ kerana kisah mereka berdua boleh dijadikan inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Bangmed seorang wartawan yang sangat supportive dengan kejayaan Lee Zii Jia. Masa Bangmed dia tanya kepada Lee Zii Jia “Apa perasaan you bila naik pentas tu”.. dia kata “Bangmed you rasa”.. lalu dia pun kalungkan pingat gangsa tu kepada Bangmed.

Kisah ini boleh dikaitkan dengan kejayaan dalam hidup kita yang sebenarnya disokong oleh orang sekeliling.

Mungkin kita pernah ada satu kejayaan, kita seronok dan kita nak orang yang sentiasa sokong kita tu rasa kita punya keseronokan.

@drashrafrostam

Kemenangan hakiki ialah pada nilai kemanusiaan yang tinggi. Harini Lee Zii Jia menang pingat gangsa. Di sebalik itu ada kisah dua orang manusia yang menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia. Ini dua emas buat kita semua. #leeziijia #bangmed

♬ Kembali Pulang – Suara Kayu & Feby Putri

Kita sebenarnya inspirasi untuk orang lain

Katanya lagi, walaupun kita bukannya ‘watak utama’ untuk meraih kejayaan itu, sebenarnya kita juga menjadi inspirasi mereka dalam diam.

Mungkin anda tak pernah jadi hero. Tapi, you are somebody else inspiration. Anda menjadi tonggak kepada kejayaan orang lain tu biarpun mungkin orang tu tak pernah sebut secara zahir tapi anda adalah orangnya. Mungkin kita ada dalam doa orang lain.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu dengan kisah Lee Zii Jia dan Bangmed.

bangmed 1

Terharu min!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.