in

“Dia bawa 10 ekor kucing dia” – Shila Amzah Terkejut Kucing Dalam Banglo Ada Sampai 50 Ekor

shila amzah kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai penjualan banglo milik penyanyi Shila Amzah yang terletak di Hulu Langat, Selangor masih lagi meraih perhatian ramai.

Terbaharu, Shila ketika membuat siaran langsung di TikTok memberitahu bahawa dia sudah memaklumkan kepada ibunya iaitu Fauziah Sarman mengenai hasratnya untuk menjual rumah banglo tersebut lebih setahun yang lalu.


Shila juga sudah memaklumkan kepada ibunya agar memilih dalam empat daripada 20 ekor kucing peliharaan untuk dijaga dan dibawa ke rumah baharu.

Artikel berkaitan: “Sila keluar selewatnya esok” – Shila Amzah Gesa Kekasih Adik Keluar Dari Banglo Miliknya

Artikel berkaitan: “Bebas buat apa saja” – Peguam Perjelas Rumah Shila Amzah Bukan Harta Pusaka, Tiada Masalah Untuk Jual

https://www.tiktok.com/@mrsmama1985/video/7291688088529620225

“Kucing bertambah-tambah… last time saya tahu yang kucing ada 20 ekor sahaja. Cuba bayangkan kucing sekarang ada berapa banyak. Saya dah cakap dengan mak untuk selesaikan benda itu.

“Saya rasa dalam lebih setahun yang lalu, saya nak jual rumah… jadi mana kucing kesayangan, bawalah dalam empat ekor kucing favourite.

“Yang lain itu bagilah orang lain jaga. Kalau 20 ekor, memang boleh uruskan,” katanya.

Pun begitu, dia yang tidak menetap bersama ibu dan adik-beradiknya terkejut selepas mengetahui haiwan peliharaan yang berjumlah 20 ekor pada asalnya sudah bertambah sebanyak 50 ekor.

Dakwanya, kucing makin bertambah disebabkan individu yang bukan ahli keluarganya membawa 10 ekor kucing lagi ke rumah tersebut.

“Tapi tiba-tiba hari itu kata ada 50 ekor… manalah saya tahu, saya tak duduk situ. Tapi yang Sha dengar, rupanya dia bawa 10 ekor kucing dia.

“Jadi bertambah-tambah… selagi ada kucing di dunia ini, dia bawa balik,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Shila mengakui dia tidak berasa selesa apabila kediaman mereka didiami individu luar yang tiada sebarang ikatan kekeluargaan.

Semalam, Shila memberi amaran kepada seorang wanita bernama Eiza yang dipercayai kekasih adiknya agar keluar daripada banglo miliknya.

Terdahulu, adiknya bernama Amir Syafiq membantah keputusan Shila membeli kondominium untuk ibunya kerana rumah itu tidak sesuai untuk didiami memandangkan mereka membela hampir 50 ekor kucing.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.