Bintang Korea, Hong Seok Chun baru-baru ini ada mendedahkan pasal rakan baiknya Sulli dimana dia ada muat naik beberapa post video menangis untuk meraih pertolongan melalui akaun peribadi Instagram dia.
Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri, ditemui mati dirumahnya pada 14 Oktober lepas. Menurut pihak berkuasa, kes itu sedang dalam siasatan namun ada kemungkinan ia akibat bunuh diri kerana tiada sebarang petanda yang dia telah dibunuh.
Dia nampak ok, tak ada siapa perasan dia alami depression

Lantaran itu, ramai yang meramalkan bahawa kematiannya itu disebabkan depression akibat buli siber yang dia hadapi. Malahan, ada yang mendedahkan bahawa Sulli ada minta agensi naungannya SM Entertaiment untuk lebih tegas dalam membendung komen-komen negatif beberapa kali, tapi tak diendahkan.
Dalam episod terbaru satu program TV “Rumor Has It”, Hong kongsikan yang Sulli ni ada akaun Instagram peribadi yang dibikin khas untuk kenalan rapatnya.
Hong menjelaskan yang Sulli ada kongsikan banyak posting yang dia banyak mengharungi cabaran sebelum ini sehingga tahun lepas. Lapor Nextshark, ramai kawan-kawan dan kenalan rapatnya cuba untuk pujuk dia dan emmberikan sokongan moral untuk Sulli kuat.
“Semua orang bimbang pasal dia, jadi kami semua cuba beri sokongan dan dorongan moral dan dia jadi semakin baik baru-baru ini”
Namun, bila Sulli dah tak kongsikan dia punya feeling dekat Instagram sejak awal tahun 2019, semua orang anggap yang dia dah semakin ok.
Tapi tanpa diduga kematiannya telah mengejutkan orang ramai.
Baca : “Baru seminggu Sulli pergi”- Ibu Bapa Bergaduh Rebut Harta Peninggalan Sulli Bernilai RM18 Juta