Kalau orang lain, mungkin boleh lah pandang sebelah mata, tapi kalau ibu sendiri memang luluh hati, anak manalah yang tak sedih apabila dibenci oleh ibu kandung sendiri.
Turut sebak apabila mendengar luahan daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Ann ini, dia menjelaskan kepada Zayan FM bahawa ibunya tidak suka dengan dirinya sejak dari kecil lagi.
Artikel berkaitan : “Bila semua ni akan berhenti?” – [VIDEO] Ibu Sedih Tengok Anak Struggle Bernafas Sebab Terkena Jangkitan Covid-19
Artikel berkaitan : “Dia nampak hari-hari saya kena pukul” -; Ibu Terasa Hati Dengan Anak Sulung, Luah Selalu Kena Maki
Kata Ann kepada Ustaz Izzhari Nazri lagi, dia pernah bertanyakan hal ini kepada ibunya namun tidak dijawab, Ann juga turut bertanyakan hal ini kepada ayahnya, namun ayahnya jawab biarkan sahaja kerana dia begitu rapat dengan ayahnya.
Lebih menyedihkan lagi, ibunya ini turut tidak mengakui dirinya sebagai anak kandung di hadapan orang. Malah, Ann yang ketandusan kasih sayang seorang ibu ini seringkali difitnah dan diburukkan kepada adik beradik lain sampaikan dia pernah dipukul oleh abangnya sendiri.
Dirinya menjadi bertambah hiba apabila, ibunya tidak mahu berada di majlis perkahwinannya itu, kata Ann lagi, ibunya takkan terima dia seandainya adik beradik lain tidak memaafkannya.
“Saya berumur 30 lebih mengharapkan dia peluk saya sekali je ustaz, saya dapat belajar, saya dapat best student, dia tidak pernah hargai dia tak pernah cakap tahniah apa pun, dia hanya akan bandingkan saya dengan anak kesayangan dia je.” luahnya dengan nada suara serak menahan rasa sedih.
Jelasnya lagi, dia cukup cemburu melihat kawan-kawan lain yang begitu rapat dengan ibunya, bahkan dia juga buntu dan risau jika ibunya ‘pergi’ kelak, dia tidak ada rasa apa-apa kerana mahukan ibunya ke syurga.
@zayan.my Dibenci ibu sendiri. Ustaz @izzharnazri dan team ZAYAN Pagi sebak dengar luahan di #BUKANNAMASEBENAR #ZAYANshare #Luah #Ibu #Benci #Anak #AdikBeradik #fyp #fypシ゚viral
♬ Music box and background music for sad scenes(1345342) – syummacha
Dilihat Ustaz Izzhar Nazri juga turut menitiskan air matanya mendengar luahan itu, bagaimanapun, Ustaz Izzhar Nazri memujuk Ann agar tidak berputus asa menyayangi dan mendoakan ibunya itu.
Disamping itu, Ustaz Izzhar turut memberikan satu peringatan buat Ann yang pasti membuatkan anak-anak senasib dengannya rasa terpujuk.
“Pernah dengar tak pintu syurga ada 7 dan salah satunya adalah, taat kepada mak dan ayah, tapi pintu syurga tu sebenarnya dia bukan untuk taat mak ayah sahaja tau, tapi untuk orang yang mak tak suka, ayah sisihkan, mak benci, mak buang, tapi anak tu tetap juga buat baik kat mak, macam Ann.”
@zayan.my MasyaAllah. Sambil menitiskan Air Mata Ustaz @izzharnazri cuba untuk menenangkan Anne yang dibenci ibu kandung sendiri. Semoga Anne, antara insan yang terpilih ke dalam syurga nanti, Amin ✨ #ZAYANshare #Luahan #ibu #benci #anak #BukanNamaSebenar #sayang #syurga #fypシ #fypシ゚viral
♬ Music box and background music for sad scenes(1345342) – syummacha
Jelasnya kepada ibu bapa di luar sana, jika ingin mendapatkan kasih sayang kepada Allah, mereka perlu memberikan kasih sayang kepada anak-anak, Disamping itu, Ann meminta ustaz agar mendoakan pintu hati ibunya terbuka pada akhir-akhir Ramadan ini untuk terima dirinya.
Sumber : TikTok