Kalau dulu orang pakai braces untuk betulkan struktur gigi. Tetapi sekarang lebih ramai yang pakai sebab nak ikut trend katanya. Sebab itu lah, fake braces bukan lah sesuatu yang baru dalam kalangan masyarakat kita.
Makin ramai pula pakai fake braces ye! Lebih teruk lagi ada yang ambil kesempatan untuk jadi ‘doktor’ tukang pasang fake braces sebagai punca pendapatan.
Yes, true! Baru-baru ini seorang wanita di denda RM25 ribu di atas kesalahan menjadi ‘doktor’ pasang fake braces, siap ada peralatan lagi tu!
Nurul Nadzirah Mohd Saidi, 21, mengaku bersalah menyediakan perkhidmatan tanpa lesen itu di Hotel Permai, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu jam 10.00pm pada 27 April lalu.
Nurul yang juga bakal berkahwin bulan depan berkata, dia ‘belajar’ untuk membuat kerja-kerja itu di Youtube dan melalui kawan (WOW!)
Selepas kecoh satu Malaysia tentang hal ni, doktor gigi, Wan Muhammad Najib memberitahu semua tentang bahayanya fake braces.
“…hanya Doktor Gigi Pakar Ortodontik yang layak pasang braces dalam mulut pesakit”
“Merosakkan gigi dan gusi”
“Fake braces boleh menyebabkan KEMATIAN!”
‘…pastikan guna saluran yang betul”
Sanggup ke korang habiskan duit untuk sesuatu yang merosakkan dan memudaratkan diri? Lebih-lebih lagi kepada doktor tak bertauliah. So make sure korang pergi klinik yang berdaftar di atas Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jangan nanti menangis, merayu pada doktor gigi (yang bertauliah) untuk kembalikan bentuk gigi yang asal.