Seorang wanita Indonesia mendakwa dirinya tidak mendengar azan berkumandang walaupun terdapat banyak masjid sepanjang berada di Malaysia. Pengakuannya itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Ia susulan sebuah video yang dimuat naik wanita itu, memaparkan dirinya sedang terharu apabila mendengar azan berkumandang setelah tiba di lapangan terbang di tanah airnya.
Menerusi video terbabit, dia mendakwa selama berada di Malaysia dan Singapura, tidak pernah mendengar laungan azan.
Artikel berkaitan: “Kita Kristian dik” – [VIDEO] Wanita Bukan Islam Hairan Anak Suka Dengar Azan
Artikel berkaitan: Isu Azan Di Penang: Peguam Persoal Kenapa Azan Kena Guna Speaker Kuat, Saran Guna Apps
Dalam video berasingan, wanita itu mendakwa ketika dia berada di Johor, dia tidak melihat masjid sepanjang perjalanan yang majoritinya adalah penduduk Cina.
Namun, tambahnya lagi, jika berada di lokasi yang terlihat masjid ketika berkunjung di Kuala Lumpur dan Terengganu, dia mendakwa tidak mendengar suara azan seperti yang diharapkan.
Minah indon ni kata dia datang KL , Terengganu & Duduk jobor takda azan langsung ?
Aku jem kepala , dia ni duduk mana sampai tak dengar azan ni dekat malaysia ? Korang dengar la sendiri
Tiktok: @pinotdiah pic.twitter.com/FiwkqNyO04
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) May 22, 2024
Katanya lagi, dia terpaksa mendengar suara azan dari aplikasi Muslim Pro yang dimuat turun pada telefon pintarnya.
Kenyataan wanita itu telah mengundang kecaman netizen di Malaysia kerana telah memberi perspektif buruk terhadap negara ini.
Rata-rata netizen mempersoalkan lokasi yang dikunjungi wanita itu mungkin bukan kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Bagaimanapun, netizen merasakan tidak logik dengan dakwaan itu kerana walaupun di kawasan majoriti bukan Islam, ada juga masjid dan surau selagi ada penduduk Muslim di situ.
Sedar kenyataannya telah mencetuskan kemarahan netizen Malaysia, wanita terbabit tampil membuat permohonan maaf dan dan menjadikan kejadian itu sebagai satu pengajaran buat dirinya.