Sememangnya tumbesaran anak-anak ini akan jadi perhatian utama ibu bapa, lagi-lagi di waktu mereka masih bayi.
Namun kalau masih bayi tapi dah ada bakat yang bayi lain di usia berkenaan tak boleh buat, itu dah dianggap menakjubkan macam kisah min nak share kalini.
Umur 18 bulan pandai petik gitar
Kisah seorang anak kecil ini viral beberapa hari lalu, apabila dia tunjukkan bakat yang semestinya bayi lain tak ada.
Menerusi posting oleh Joe Bonamassa di Facebook ini, dia memuat naik video seorang kanak-kanak berusia 18 bulan sedang memetik gitar dengan tangan kecilnya.
Dalam video tersebut terlihat pada mulanya dia petik gitar sambil menghisap puting, tapi anak kecil berusia setahun setengah tu terus cabut puting dan beri kepada ayahnya sebelum sambung memetik gitar dengan sebelah tangan. Class ye dik.
Apa yang paling menarik perhatian, lepas beberapa kali petik gitar dia siap tune gitar tu sendiri dengan muka seriusnya macam seorang profesional. Kanak-kanak tersebut kemudiannya menyanyi sambil mengikut rentak gitar yang tengah dipetik itu. Betul-betul feeling eh.
Video tersebut mendapat perhatian ramai dan sehingga kini, telah meraih 1.6 juta views dan lebih dari 112k likes .
“Dia lagi hebat dari saya”
Menjengah ke ruangan komen, ternyata aksi bayi itu menjadi bualan ramai hingga ada individu yang mengatakan dia lagi hebat dari dirinya. Selain ada juga berpendapat bahawa bayi berkenaan mempunyai bakat dan perlu dipupuk dengan sebaiknya.
Dengan tangan kecilnya tu, min kenot rasa nak gigit je!
Baca : “Say sorry to mommy” – Gelagat Budak Ini Terkejut Bayi Dalam Perut Ibu Menendang Buat Netizen Cair