Korang pernah tak ada masalah jiran yang suka berbuat bising? Tak kisahlah pukul berapa, rumah diorang ni macam ada konsert setiap masa. Dah tegur sekali tak jalan, tegur banyak kali jadi gaduh pulak…
Di Korea Selatan, ada satu ciptaan yang dihasilkan khas untuk menangani masalah jiran yang sukar untuk tidak berbuat bising walaupun dah ditegur banyak kali. Walaupun mula-mula kedengaran macam kelakar, banyak feedback yang baik tau ciptaan ni dah terima.
Lapor Oddity Central, penggunaan alat yang dikenali sebagai Speaker Balas Dendam ini mula dilaporkan media pada tahun 2016 tetapi baru banyak digunakan pada masa ini.
Menurut laman e-dagang di Korea Selatan, terdapat beberapa jenis speaker yang khusus untuk membalas dendam. Siap ada design, power output, fungsi dan connectivity option yang pelbagai. Tapi, kesemua speaker ini mempunyai satu karakter yang sama iaitu ia boleh dipasang pada dinding atau siling yang dikongsi dengan jiran dimana bahagian diafragmanya akan menghala ke arah bahagian yang dilekatkan.
Dengan harga sekitar 170,000 won (RM596.23), speaker balas dendam berjenama Smartor adalah yang paling banyak digunakan. Rata-rata pengguna menulis mereka memang puas hati dengan kesannya.
Walaupun ada alat ni, min rasa kita tegur dulu jiran tu baik-baik sebab kalau pakai alat ni takut gaduh makin teruk pulak… Apa komen korang?
Sumber: Oddity Central
Baca: Lelaki Tikam Imam Sebab Baca Quran Guna Loudspeaker Masjid Waktu Subuh