Setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menghargai pasangan. Ada yang menghargai pasangan mereka dengan membantu buat kerja rumah, dan ada juga suka memberikan hadiah sebagai tanda cinta.
Namun, lain pula kisahnya buat seorang wanita yang tular baru-baru ini apabila dia melukis tatu wajah pasangan di pipi.
Pipi ada tatu wajah lelaki
Menerusi satu hantaran yang tular di media sosial, seorang wanita mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsikan sebuah video memperlihatkan pipinya sedang dilukis oleh pelukis tatu.
Apa yang mengejutkan ramai adalah corak yang dilukis merupakan wajah seorang lelaki, dipercayai pasangan kepada wanita yang bernama Narally ini. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudahpun mencecah 8.5 juta jumlah tontonan.
Menariknya, tatu wajah pasangan wanita ini bukan sahaja dilukis di pipinya, malah turut dilukis pada lengan kanannya yang turut disertakan dengan nama mereka sekali.
https://www.tiktok.com/@narallynajm13/video/7158942094785121579?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Netizen tegur jangan menyesal kelak
Video ini ternyata tular dan mendapat perhatian ramai warganet. Rata-ratanya berpendapat wanita ini tidak berfikiran waras dan tidak memikirkan kesan yang bakal berlaku kepada dirinya kelak.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terkesima dengan tindakan wanita ini dan berpendapat seseorang itu tidak patut melakukan sesuatu luar batasan untuk mendapatkan kepercayaan pasangan sendiri.
“Kesiannya anak mereka, saya rasa kesian dekat budak tu”, tulis seorang warganet.
“Wanita ni perlukan bantuan, seseorang perlu tolong dia”, komen seorang individu yang berpendapat Narally memerlukan bantuan yang sepatutnya daripada pihak berwajib.
Apa pendapat anda tentang isu ini?
BACA: Tular Video Lelaki Bertatu Terhibur Tonton Upin & Ipin Di Penjara, Muka Gangster Pun Comel!