Pendakwah bebas, Ebit Lew berkongsi cerita di sebalik dakwaan jenayah seksual yang pernah menjadi topik hangat di media sosial.
Menerusi sedutan podcast Soutudeen yang dikongsikan di laman TikTok, Ebit atau nama penuhnya Irawan bin Ibrahim Lew mengimbas kembali detik beliau didakwa melakukan jenayah seksual tersebut.
“Ketika itu saya sedang berdakwah di London, saya transit di Makkah dan buat umrah kemudian balik ke Malaysia dan buat laporan polis. Selepas itu saya kemukakan saman dan menjalani proses mahkamah.
“Pada awalnya ada rasa marah tetapi lama kelamaan saya serahkan semuanya kepada kuasa undang-undang.”
Artikel berkaitan: “3 kali Cap komen” – Caprice Beri Penjelasan Kenapa Ebit Lew Menang Kes Saman
Artikel berkaitan: Cemar Reputasi Ebit Lew, Mahkamah Arahkan Caprice & Mondy Padam Video Podcast
Katanya, selama ini dia tidak berasa terbeban dengan ujian yang menimpanya namun dakwaan jenayah itu telah memberikan kesan mendalam terhadap dirinya dan keluarga.
Kongsinya lagi, kes itu telah memberi kesan emosi kepada anak perempuannya apabila mengetahui isu berkenaan menerusi carian di Internet.
“Anak perempuan saya balik rumah dia menangis. Sebab bila dekat sekolah, buka internet keluar, ‘Ebit Lew disahkan, disiasat kes sekian…”
“Rogol, bukan kecil tuduhan tu,” ujarnya.
“Doktor menangis check saya”
Menurut Ebit, susulan dakwaan berkenaan, dia disiasat pihak berkuasa dan pelbagai prosedur perlu diikuti sepanjang kes itu.
“Pergi hospital kena ambil darah untuk check. Masa nak check tu doktor menangis.
“Ustaz saya sayang ustaz, hari-hari saya dengar ceramah ustaz.”
@soutudeen Ustaz Ebit Lew menang case. Watch full video di Youtube Soutudeen feat @Ebit Lew
Dapat dilihat kapsyen ruangan video itu menulis Ebit Lew menang kes tuduhan berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan Ebit Lew telah menang kes saman fitnah atas tuduhan merogol seorang pempengaruh wanita dari Indonesia.
Justeru, mahkamah telah mengarahkan pempengaruh terbabit yang dikenali sebagai Mondy untuk membayar RM20,000 kepadanya.
Sumber: TikTok