in

Dedah Individu Tak Boikot Langgar Undang-Undang Privasi, Boleh Disaman – Peguam

ft boikot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, ada segelintir individu bertindak untuk memuatnaik hantaran di media sosial untuk memalukan individu yang tidak memboikot jenama-jenama yang dikaitkan dengan Israel dan menurut seorang peguam, perkara tersebut sebenarnya melanggar undang-undang privasi.

Ia susulan penyebaran gambar menunjukkan orang ramai berpusu-pusu singgah di restoran makanan segera terkenal ketika perayaan Aidilfitri baru-baru ini.


Segelintir netizen bertindak ekstrem dengan melabelkan mereka yang mengunjungi restoran-restoran berkenaan sebagai ‘anjing’.

anj

Menurut peguam terbabit, Bastian Pius Vendragon, mereka yang terjejas boleh mengambil tindakan sivil kerana ia adalah “hak yang diiktiraf” di negara ini selain mereka boleh memfailkan saman fitnah ke atas individu yang membuat hantaran tersebut.

Tambahnya lagi, sekiranya hantaran yang dibuat menunjukkan orang dalam gambar atau video telah terlibat dengan kelakuan yang menjijikkan atau sesuatu yang mencemarkan nama baik mereka di mata masyarakat umum, ia boleh menjadi fitnah.

cats 17

Beliau menambah, hantaran itu juga mungkin telah melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhak memulakan prosiding jenayah.

Selain itu, sekiranya hantaran tersebut boleh mencetuskan keganasan atau menggugat keamanan, ia termasuk dalam Akta 588 dan ianya adalah penyalahgunaan media, tambahnya lagi.

Sebagai contoh di Kuantan, terdapat keganasan fizikal atau ancaman keganasan fizikal yang berlaku dan menurut Vendragon, perkara tersebut telah melampaui batas.

tiktok vidsa

Terdahulu, seorang lelaki di Kuantan mendakwa sekumpulan lelaki telah menghinanya ketika dia ke cawangan restoran terkenal bersama keluarga dan salah seorang lelaki dikatakan telah mengugut untuk memukulnya dengan topi keledar.

Susulan insiden tersebut, lima orang telah ditahan dan disiasat kerana ugutan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit kesalahan.

Artikel berkaitan : Mufti Penang Tegur Individu Labelkan Umat Islam Makan Di Restoran Makanan Segera Seperti Anj*ng

Artikel berkaitan : 5 Lelaki Ditahan Gara-gara Lakukan Provokasi & Ugutan Terhadap Pelanggan Restoran Makanan Segera

Dalam masa yang sama, peguam Baljit Singh Sidhu pula berkata, tindakan mengambil gambar pelanggan di restoran itu tanpa persetujuan mereka adalah melanggar undang-undang serta hak privasi mereka.

Tambahnya lagi, satu lagi kebimbangan mengenai sebuah video ‘pendedahan’ yang tular baru-baru ini ialah wajah kanak-kanak di bawah umur boleh dilihat dalam beberapa hantaran dan ia boleh menjadi pelanggaran Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurutnya, identiti kanak-kanak tidak boleh didedahkan kerana ianya satu pencabulan. Tindakan boleh diambil oleh menteri kebajikan tambahnya lagi.

Sumber : FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.