Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemungkinan bakal menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia berikutan dengan penyerahan surat perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia.
Sumber yang Malay Mail peroleh mengatakan bahawa Dr. Mahathir telah melantik Dr Wan Azizah sebagai perdana menteri sementara selepas mengumumkan untuk meninggalkan Pakatan Harapan.
Wan Azizah adalah perdana menteri sementara” – Sumber
Kenyataan itu diperoleh daripada sumber terdekat kepada pihak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya jika beliau bakal menggantikan Dr Mahathir.
Dalam masa yang sama, sumber tersebut juga yang mengatakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali yang merupakan timbalan presiden PKR dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, merupakan pegawai yang parti telah dipecat daripada PKR.
Sementara itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada parti tersebut.