Cantik, pandai masak dan pandai menjaga anak, bahkan romantik dengan suami, pastinya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah bertuah memiliki isteri seperti pelakon Datin Paduka Eina Azman.
Bagaimanapun satu perkongsian daripada Eina Azman baru-baru ini telah mencetuskan pertanyaan netizen, perkongsian itu dibuat menerusi IG Story miliknya.
“Kalau ada orang tak hargai kewujudan anda, buatkan dia hargai kewujudan anda” – Eina Azman
Dalam perkongsian IG Story, dilihat Eina Azman kongsikan video yang menunjukkan dirinya sedang menitiskan air mata. Malah, Eina Azman juga kongsikan satu quotes yang memberi gambaran seolah-olah diri tidak di hargai.
Memandangkan video tersebut telah dikongsikan menerusi laman TikTok, ramai netizen tertanya-tanya apabila melihat video itu.
Ada yang menyangka mungkin berlaku kes baru yang melibatkan orang ketiga dalam hubungan rumah tangga dalam kalangan artis, bahkan ada juga yang dapat ‘hidu’ bahawa ia seolah-olah hanya sekadar teaser untuk melancarkan produk baharu.
Jangan cakap ada penyondol please – Netizen
Apapun, kita jangan lah sewenang-wenangnya buat sebarang spekulasi mengenai hal ini, sama-sama kita tunggu kenyataan daripada Eina Azman sendiri.