in

Datang Nak Tengok Jay Chou, Wanita ‘Terberanak’ Luar Stadium Sebelum Konsert Bermula

Ft Wanita Terberanak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesiapa yang tinggal dan ada lalu di kawasan Bukit Jalil hujung minggu lepas, pasti akan tahu ‘hazab’ kesesakan trafik di situ. Lebih-lebih lagi kalau lalu waktu malam dalam jam 9 ke 10 macam tu.

Ini kerana ada artis terkenal dari Hong Kong iaitu Andy Lau dan penyanyi dari Taiwan Jay Chou ada buat konsert di situ. Jadi pastinya peminat-peminat mereka dari Malaysia pasti akan datang untuk tonton termasuklah seorang wanita hamil ini.


Artikel berkaitan : Konsert M Nasir Cipta Kejutan, Jatuhkan Ribuan Sampul Duit Raya Dari Bahagian Atas Bumbung Axiata Arena

Artikel berkaitan : Alan Walker Tunda Konsert Malam Ini Di Malaysia

Screenshot 2024 10 28 111122

Mungkin sebab dah tempah tiket awal, wanita tersebut membuat keputusan untuk tetap hadir ke konsert Jay Chou tanpa memikirkan keadaan dirinya.

Dalam satu video viral di media sosial, kelihatan satu pasukan perubatan membawa wanita tersebut keluar dan salah seorangnya ada membawa bayi yang baru sahaja dilahirkan itu ke dalam ambulans.

Kedengaran orang ramai yang berada di perkarangan stadium itu bersorak sebagai tanda tumpang gembira dan ada juga yang ketawa. Pemilik video tersebut menerusi ruangan komen mengesahkan bahawa wanita tersebut telah melahirkan bayi itu dan ia merupakan satu kebetulan yang tak dirancang.

Bahkan, sumber WORLD OF BUZZ melaporkan bahawa ramai netizen terhibur dengan kejadian itu dan mereka memuji kegigihan wanita itu untuk temui idolanya.

Screenshot 2024 10 28 111015

“Mesti bayi ini akan rasa bangga, ramai orang kat situ bila dia dilahirkan ditambah lagi pada tahun naga.”

“15 tahun nanti, mak awak akan bagi tahu yang awak dilahirkan dekat konsert Jay Chou.”

Bayangkan, apalah yang ditulis dalan surat beranak dia nanti ek?

Sumber : Xiao Hong Shu (RED), WORLD OF BUZZ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.