in

“Dashcam merata, jangan harap terlepas” – [Video] Kereta Putih Masuk Lane Kecemasan Secara ‘Mengejut’ Sebelum Langgar Motor & Lari

Langgar5

Kadang-kadang tak faham dengan sikap segelintir pengguna jalan raya ni, sikap pentingkan diri tu satu, kejam tu pula lagi satu. Rasa terkejut, sedih dan marah pun ada apabila menyaksikan malang yang menimpa seorang penunggang motosikal ni.

Menerusi sumber, kejadian ini berlaku di Lebuhraya Karak-KL nak menghala ke Plaza Tol Gombak. Dalam video berdurasi 53 saat ini, dapat dilihat rakaman dashcam dari bahagian depan dan belakang pemandu yang menggunakan laluan tersebut.

Dapat dilihat penunggang motosikal itu tak sempat nak elak apabila kereta jenis sedan putih itu terus masuk ke laluan kecemasan tanpa memberikan sebarang lampu isyarat.

https://twitter.com/redzuannewsmpb/status/1300358720661065729?s=21

Lebih teruk lagi pemandu kereta putih tersebut terus berlalu pergi tanpa dengan lajunya tanpa menghiraukan penunggang motosikal itu.

Memandangkan video ini viral, netizen yang turut marah dengan perbuatan tak bertanggunjawab pemandu kereta tersebut terus ‘geledah’ maklumat pemandu itu hasil daripada pemerhatian mereka terhadap nombor pendaftaran kereta itu.

Bagaimanapun, dengan teknologi sekarang, ramai netizen berharap agar pemandu tersebut ditahan kerana tindakannya melarikan diri itu tidak menjamin yang dia selamat kerana….

 

Zaman sekarang dash cam merata tau, jangan harap la nak lepas – Netizen

Langgar 3

Selain komen diatas, macam biasalah ramai netizen memaki hamun dengan kata-kata kesat dengan berharap agar pemandu ini ditangkap dengan kadar segera.

 

Baca : “Meninggal mlm jumaat skali dgn oyen” – Penunggang Motor Maut Langgar Pasu Waktu Cuba Elak Kucing Melintas

Oyen 1