in

Dari Seorang Pencuci Pinggan Bergaji RM15 Sehari, Kini Atlet Para Kebanggaan Malaysia

Ridzuan Para E1653711682234

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dari Seorang Pencuci Pinggan Bergaji RM15 Sehari, Kini Atlet Para Kebanggaan Malaysia
Loading
/

Semestinya semua masih ingatkan sang juara Ridzuan Puzi atau lebih selesa dipanggil Dek Wan. Lelaki inilah di antara atlet yang membanggakan tanah air selepas berjaya membawa pulang pingat di Sukan Paralimpik Rio 2016.

Dekwan3
sumber: twitter

Bukan itu sahaja, selepas kemenangan yang mengharumkan nama Malaysia, video Dek Wan menangis ketika menyanyikan lagu Negaraku menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.


Sumber: Tune Talk

Ramai meragui kebolehan Dek Wan kerana menghidap cerebral palsy, di mana ia merupakan penyakit yang mempengaruhi pergerakan serta koordinasi seseorang itu. Kadang kala, percakapan juga boleh tersekat.

Meskipun begitu, ramai tidak menyangka bahawa dia mampu menjadi hero negara meskipun dalam keadaannya yang sebegitu. Namun, di sebalik kejayaannya kini, Dek Wan dahulunya dipandang rendah oleh orang ramai.

Menurut Wahyu Illahi, atlet para itu melalui kehidupan yang sukar dan mencabar sebelum ini di mana dia tidak menerima pendidikan seperti orang lain sejak muda. Dek Wan juga dikatakan tidak boleh membaca atau menulis dan hanya boleh berbahasa Melayu.

Malah, dia juga tidak tahu mengeja namanya sendiri!

Dekwan1
sumber: twitter

Sebelum bermulanya latihan atlet, Dek Wan hanya belajar bagaimana cara untuk membuat perabot.

“Pada mulanya, Dek Wan dihantar ayahnya menjalani latihan kemahiran asas perabot di Bengkel Batu Murni, Batu Bertangkup, Cuping, Perlis.”

“Ayahnya bukan saja harapkan Dek Wan setakat belajar buat perabot, tapi belajar juga mengurus diri sendiri. “

Ridzuan12

Ridzuan11
sumber: twitter

Pada ketika itulah jurulatih Affizam Amdan menyedari bakat yang dimiliki Dek Wan lalu membuat keputusan untuk melatih remaja itu.

“Selama 2 tahun, Encik Affizam jemput Dek Wan di bengkel di Batu Bertangkup bawa ke untuk stadium, berlatih, dan menghantar pulang ke rumah.”

Pada suatu hari, kasut milik Dek Wan rosak dan seorang lelaki baik hati bernama Chuah Heng Onn telah memberikannya kasut baru selepas mendapat tahu remaja itu sedang berlatih untuk Sukan Para ASEAN 2009.

Ridzuan5
sumber: twitter

Kehidupannya sebagai pembantu gerai nasi lemak, pembantu kedai burger dan mencuci pinggan mangkuk masih diteruskan meskipun sibuk menjalani latihan olahraga setiap hari.

Malah, perjalanan hidup yang dilaluinya tidak sukar kerana Dek Wan hanya memperoleh RM15 sehari untuk ketiga-tiga kerja yang dilakukan selain hanya tinggal di sebuah bilik kecil bersama dua rakannya.

Ridzuan9
sumber: twitter
Ridzuan0
sumber: twitter

Mereka tidur di atas katil dua tingkat dengan tilam yang nipis selain turut berkongsi almari, kipas serta TV 14 inci. Kamar kecil itulah menjadi tempat makan, minum, menonton TV dan tempat mereka bersolat.

Menurut Affizam, meskipun mahu memberikan yang terbaik kepada mereka, dia secara jujurnya telah memaklumkan kepada ibu bapa bahawa kehidupan yang dijanjikan tidaklah serba mewah.

“Apa yang saya makan, itulah juga yang mereka akan makan. Nak beri lebih-lebih atau nak mewah-mewah, tak mampulah saya.”

Ridzuan6
sumber: twitter
Ridzuan7
sumber: twitter
Ridzuan8
sumber: twitter
Ridzuan1
sumber: twitter

R. Jeganathan pula adalah insan yang bertanggungjawab melatih Dek Wan untuk Sukan Paralimpik 2016. Menurut lelaki itu, Dek Wan sudah dianggap sepert anaknya sendiri sama seperti atlet para itu yang menganggap jurulatihnya sebagai bapa sendiri.

Terlalu ramai yang memandang rendah dengan kebolehan Dek Wan dan tiada siapa sangka seseorang yang menghidap cerebral palsy mampu menjadi kebanggaan dan mengharumkan nama Malaysia.

Dekwan
sumber: twitter

Terima kasih Dek Wan kerana membuatkan lagu ‘Negaraku’ dimainkan di Sukan Paralimpik. TERIMA KASIH KERANA MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA!

Ridzuan2
sumber: nst

Dia mungkin dilahirkan tidak sempurna dan ada kekurangan. Tapi kekurangan bukanlah penghalang untuk seseorang itu berjaya.

Baca: Atlet Para Malaysia Cipta Rekod Dunia Sekali Lagi di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017

Ziyad

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.