in

“Dari hina baik bantu” – Syed Saddiq & Mazlee Malik Komen Isu Prof Kutuk Pelajar

collage 72 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang pelajar Universiti, memang diakui penggunaan komputer riba memang tersangat penting lebih-lebih lagi untuk membuat assignment.

Tapi, tak ramai yang mampu untuk membeli laptop. Walaupun mempunyai bantuan kewangan seperti PTPTN, pelajar yang kurang berkemampuan masih perlu ikat perut sepanjang semester. Nak kerja pun tak ada masa lagi-lagi kelas penuh sepanjang minggu.


Disebabkan ini, ramai yang terasa bila melihat video tular menunjukkan seorang pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menghina seorang pelajar kelasnya semasa proses pembelajaran secara online berlangsung gara-gara tak ada laptop.

Selain bercakap dengan nada kasar meminta agar pelajar tersebut dan keluarganya usaha untuk membeli laptop, pensyarah yang berpangkat professor ini turut mengeluarkan kenyataan menghina golongan B40.

Ekoran ini, ramai netizen telah meluahkan rasa geram dengan tindakan dan cara pensyarah ini. Malah, bekas menteri seperti Syed Saddiq dan Dr Maszlee Malik turut buka mulut mengenai isu ini.

“Adab dan tata susila tidak datang bersekali dengan segulung ijazah”

Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menerusi Twitter peribadinya mengatakan bahawa pendidikan di Malaysia memerlukan kemanusiaan serta menegaskan adab dan tata susila seseorang itu tidak datang sekali dengan segulung ijazah yang diperolehi.

“Dari menghina, lebih baik bantu”

Manakala bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq mengatakan, kajian yang pernah dibuat oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan 1/3 pelajar di Malaysia tak mempunyai laptop atau tablet.

Syed Saddiq turut menasihat pensyarah tersebut untuk membantu pelajar tersebut untuk mendapatkan laptop dari mengambil pendekatan menghina dan memalukan orang seperti itu.

Untuk pengetahuan korang, video yang dimuat naik ini telah pun tular di media sosial bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, ciapan dan akaun Twitter asal yang memuat naik video pensyarah ini telah pun dipadamkan.

Harapnya pihak-pihak yang terlibat dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan kejadian seperti ini tak berulang lagi.

 

Baca: “Apa salah B40?” – Bengang Pelajar Tiada Komputer, Kenyataan Pensyarah Ini Buat Ramai ‘Panas’

fi ipta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.