in

“Dari 10 view terus mencanak” – Lelaki Kongsi Macam Mana Tercetus Idea Buat Siput Sedut ‘Race’

Siput Sedut Race

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang selalu tengok TikTok, mesti tahu satu live yang menjadi perhatian ramai ketika ini. Ya, live mengenai perlumbaan siput sedut!

Hanya sekadar bermodalkan tudung periuk dan siput sedut, live yang dikendalikan oleh pengguna TikTok @tansri_ash telah meraih lebih 20,000 ribu tontonan.


Difahamkan, setiap siput yang ‘menyertai’ perlumbaan itu pula diberi gelaran nama berserta nama negeri di Malaysia.

Pasti ramai yang nak tahu macam mana lelaki yang dikenali sebagai Ash ini boleh tercetus idea menganjurkan perlumbaan siput sedut ini.

Artikel berkaitan: “Ramai sangat react” – Tular Video ‘Dekat Dengan Fatin’, Pemilik Mohon Maaf

Artikel berkaitan: Individu Berserban Masak Siput Babi, Netizen Persoal Halal Atau Tidak

456239281 928986819273172 267276151042461439 N

“Yang kalah jadi masak lemak”

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Keymi Hot FM, Ash menceritakan pada awalnya ada seorang penjual datang menawarkan siput sedut di rumahnya dengan harga RM20.

“Saya bayar, letak dekat tepi meja. Tiba-tiba siput sedut tu naik, dia nak keluar dari plastik. Saya tak ikat plastik tu. Saya pun ambil satu, saya letak atas meja.

“Tiba-tiba viewer saya komen. Abang, ada siput sedut nak jatuh. Meja kan tinggi, dia berjalan nak turun ke bawah dah. Saya ambil letak dua tu bergandingan. Dia lawanlah berdua…”

Susulan tindakan spontan itu, tontonan yang pada awalnya 10 orang terus mencanak naik kepada ratusan orang dan semakin tinggi.

“Saya cakap yang mana kalah, masak lemak. Itu yang laju tu. Yang menang masuk next round pula.”

@keymihotfm

FYP@Hot bersama Keymi + @Tansri_ash

♬ original sound – Keymi Tok Teng – Keymi Tok Teng

Katanya lagi, dia tidak menyangka rakyat Malaysia mudah terhibur sehinggakan ada yang berminat untuk membeli siput sedut darinya.

Oh, macam tu kisahnya… Min pun terhibur tengok siput sedut race ni!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.