in

“Dapatlah merasa…” – Tak Sangka Babak Dalam Filem Jepun Tular, Amy Mastura Kongsi Pengalaman

amy mastura filem jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Artis serba boleh, Amy Mastura tidak menyangka klip video kemunculan istimewa dalam filem Jepun dahulu menjadi tular di media sosial.

Amy atau nama penuhnya, Amy Mastura Suhaimi, 54, mengakui dia sendiri tidak mengingati pembabitannya dalam filem terbabit.


“Pengalaman bermakna”

Berkongsi tentang kemunculannya dalam filem itu, Amy berkata pengalaman bekerja dengan produksi Jepun yang sangat mengagumkan.

Artikel berkaitan: Kejutan Ketika Persembahan Sissy Imann, Amy Mastura Muncul Dari Kalangan Penonton

Artikel berkaitan: Bintang Filem, Florence Pugh Melompat Dari Menara Merdeka 118 Untuk Filem Terbaru Marvel

Snapinsta.app 309881280 661683051819589 6181231383438879871 n 1080

“Pengurusan mereka sangat tersusun rapi dan dirancang cukup baik. Mereka siap buat peta KLCC dan orang awam tidak dibenarkan mengambil gambar sesuka hati ketika penggambaran.

“Saya sahaja dibenarkan ambil gambar dengan peminat. Peminat pelakon Jepun pun ambil gambar dengan saya sahaja. Selepas tamat penggambaran, barulah dapat bergambar ramai-ramai.

“Itu sahaja yang saya ingat. Sebab hal-hal lain saya memang tak faham mereka cakap apa,” katanya.

Walaupun kemunculannya cuma sangat pendek, Amy menyifatkan pengalaman itu cukup berharga kerana ia memberikannya kepuasan berbeza.

“Dapatlah merasa bagaimana bekerja dengan orang Jepun. Ingatkan mungkin boleh buat buat kemunculan lagi. Rupa-rupanya, watak ini sudah tidak menggunakan topeng wajah saya.

“Apapun, saya berbesar hati kerana diberikan peluang ini. Walaupun kecil, tapi dapat jugalah merasa,” katanya.

Menerusi video tular itu, Amy membawakan watak penjual mainan di laman perkarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Filem yang menampilkan selebriti tanah air itu merupakan filem The Files of Young Kindaichi: Prison School Murder Mystery sebuah telefilem istimewa dari siri televisyen The Files of Young Kindaichi Neo.

Dalam video klip tersebut, walaupun Amy hanyalah pelakon ekstra, dia turut mempunyai dialog berinteraksi bersama pelakon utama.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.