in

Dapat Sambutan Menggalakkan, PDRM Lanjut Tempoh Diskaun Saman Trafik Sampai 31 Disember

page3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan semalam mengumumkan bahawa tempoh pembayaran diskaun saman trafik akan dilanjutkan hingga 31 Disember ini.

Perkara itu dipersetujui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan sambutan yang begitu menggalakkan dari orang ramai.


Dalam kenyataannya melalui sidang media di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC semalam, beliau turut menyatakan tempoh lanjutan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan tunggakan saman mereka melalui pengurangan yang ditawarkan.

Capture 12

Pengurangan diharap dapat membantu masyarakat yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 untuk menyelesaikan tunggakan saman trafik”

Macam yang kita tahu, diskaun saman trafik sehingga 80 peratus sebelum ini diberikan bersempena sambutan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di KLCC. Program tersebut telah pun menutup tirainya semalam.

Penerimaan masyarakat terhadap tawaran tersebut begitu menggalakkan, sehingga berlaku kesesakan di pusat konvensyen tersebut sebelum ini. Sampai viral jadinya!

Kini, pembayaran saman boleh dibuat di semua kaunter trafik di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Kontinjen Negeri dengan tawaran diskaun tersebut. Proses pembayaran juga boleh dilakukan melalui aplikasi MyBayar Saman.

5 2

Acryl Sani dalam kenyataan sama turut memberi penekanan terhadap kesesakan trafik pada aplikasi tersebut baru-baru ini.

PDRM menyedari berlaku kesesakan trafik dalam aplikasi MyBayar Saman ekoran jumlah pengguna yang meningkat sepanjang tempoh pengurangan ini dibuat.

Saya telah mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melihat keperluan untuk menambah kaunter pembayaran jika jumlah pembayar sama meningkat

Sejak 9 Disember lepas, orang ramai telah menyelesaikan hampir 2.3 juta saman trafik di seluruh negara dengan kutipan sekitar RM109 juta.

Haa… harapnya dengan lanjutan tarikh diskaun ni, tak adalah orang ramai sesak-sesak lagi kat kaunter, ya?

Sumber: Metro dan Awani

Baca: Viral Foto Tak Jaga SOP, KKM Arahkan Kaunter Diskaun Saman Ditutup

1 1 4

Sumber: Kosmo
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.