Kebiasaannya bila dengar lelaki yang berpangkat Dato mesti dalam gambaran kita mereka yang berpangkat ayah, pakcik atau atuk kan? Tapi pernah tak korang bayangkan seorang lelaki yang berpangkat Dato berumur 19 tahun? Yes, 19 tahun!

Gambar seorang lelaki muda (baby face k!) dengan caption “Youngest Dato in Malaysia….19 years [old]..” mendapat perhatian ramai. Gambar tersebut membuatkan tuan empunya diri menerima pelbagai kritikan dari netizen.
* “Dato Termuda di Malaysia..19 tahun..”

Apa jasa lelaki ini pada negara sehingga beliau diberi gelaran tersebut seawal usia 19 tahun? Opsss!
“Mesti besar jasa lelaki ini pada negara sehingga dianugerahkan gelaran ini” , perli seseorang di ruangan komen.
“Jangan terkejut. Jika anda cukup kaya, anda boleh saja beli gelaran Dato bila-bila masa! Keluarganya mesti kaya raya.” antara komen dari netizen
So, siapa sebenarnya lelaki muda ini?
Sesetengah daripada anda (mungkin) kenal atau pernah dengar tentang lelaki ini. Beliau menggunakan nama ‘Alvin Gor’ di Facebook. Ingat tak?
Kalau tak, mungkin cerita ini boleh mengingatkan anda padanya:
Pada tahun 2015, kisahnya menjadi viral apabila Alvin membelanjakan wang sebanyak RM17,000 untuk berjumpa dengan DJ Soda yang ketika itu datang ke Malaysia untuk satu persembahan.

Alvin turut muat naik gambar resit untuk membuktikan ianya benar. Resit itu di muat naik dengan caption, “Jadi VVIP bersama bro dan sis malam semalam. Dapat jarak yang paling dekat dengan DJ Soda pulak tu! Siap dapat peluang ambil gambar dengan beliau di backstage! Berbaloi belanja sampai RM17k”


Segelintir netizen turut mempersoalkan jam tangan yang dipakai Alvin di dalam gambar sewaktu majlis penganugerahan itu. Sebab apa? Jam tu bernilai RM1.2 juta wehhhhh!


Walaupun gelaran Dato mungkin nampak ‘gah’ dan ‘masyhur’, namun netizen berpendapat jika gelaran tersebut diperoleh menggunakan wang ringgit, tiada apa yang perlu dibanggakan.
“Dato Pahang?”, tanya seseorang (sarkastik lah kan!)

“Dengan duit macam macam gelaran boleh dibeli dengan mudah. Jika dia dianugerahkan gelaran Dato itu dari Johor, baru saya akan salute dia”, komen seorang netizen
Alvin dikenali dengan sikapnya yang suka show off kereta mewah dan jam beliau.



Paling memeranjatkan, lelaki ini sebenarnya bukanlah berusia 19 tahun! (WHAT?) Macam mana orang yang post gambar tu boleh letak caption sebegitu?
[sociallocker id=1666]
Well, seorang netizen dakwa bahawa Alvin adalah rakan sekelas beliau dan menyatakan bahawa ‘lelaki muda’ ini sebenarnya berusia 25 tahun. Walaupun begitu, netizen tetap tidak mengagumi lelaki ini kerana ada juga berkata bahawa Alvin pernah bekerja di sebuah syarikat diberi nama IBS yang dikatakan telah menyeleweng wang orang lain.
[/sociallocker]
Bak kata orang, ada duit semua boleh jalan!
