in

“Dalam ring berlawan, luar berkawan” – Telatah Atlet Sukma Pelbagai Negeri Berseronok Buat Orang Ramai Tersengih

3sukma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan Malaysia 2024 (Sukma 2024) di Sarawak telah pun melabuhkan tirainya semalam. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang mengharumkan nama negeri masing-masing. Tidak lupa juga untuk masa depan sukan-sukan negara kita, banyak pelapis yang mula menyinar untuk mewakili negara satu hari nanti.

Dalam keghairahan sambutan penutup Sukma di stadium, venue-venue lain turut tidak melepaskan peluang meraikan atlet-atlet dari negeri lain yang bertandang ke Bumi Kenyalang. Selaku tuan rumah, Sarawak menyajikan pengalaman yang cukup berharga kepada mereka. Salah satu venue yang meriah meraikan semua atlet ialah tinju. Korang tengok video @brina_mahlar macam mana semua atlet berseronok sebelum pulang ke negeri masing-masing.


@brina_mahlar

TINJU SUKMA SARAWAK XXI 2024 #tinju #sukmasarawak2024

♬ original sound – Brina_Mahlar – Brina_Mahlar

Dalam ring berlawan, luar berkawan

Seronok betul ye atlet-atlet kita meraikan habisnya acara. Menang kalah memang tolak tepi dulu, yang penting semangat kesukanan tu tetap kukuh dalam kalangan atlet dan jurulatih walaupun berlainan negeri.

Screenshot 2024 08 25 at 2.53.16 PMBetul, sukan menyatukan semua. Macam waktu Olimpik haritu, tak kira bangsa atau negeri apa, semua bersorak untuk atlet negara kita.

Screenshot 2024 08 25 at 2.53.32 PMKannn… min nampak gak coach pun join sekali. Memang sporting habis coach bagi anak buah dia enjoy lepas habis game. 

Screenshot 2024 08 25 at 2.53.37 PMWaktu dalam gelanggang berlawan lah secara profesional, habis game enjoy lah sama-sama kan. Nilai persahabatan tu yang mahal sebenarnya. 

Screenshot 2024 08 25 at 2.54.07 PMDah nama pun pertandingan, mesti ada yang menang dan kalah. Apa-apa pun enjoy dulu sebelum balik negeri masing-masing sambung training. 

 

Baca: Sukma Sarawak: Orang Ramai Terhibur Tengok ‘Mascot’ Setiap Negeri Ketika Upacara Perasmian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.