in

“Dalam kontrak tak de langsung” – Ibu Bapa Pelakon ‘Stay Away From Me’ Bakal Saman Produksi

ft pelakon stay away from me

Siri drama ‘songsang’ Stay Away From Me telah membuatkan ramai pihak tampil membuat tindakan, bermula dengan teguran pendakwah sehinggalah pihak JAKIM membuat laporan.

Rentetan dengan timbul perbalahan dan kemarahan ramai pihak, salah seorang pelakon diri tersebut Danish Iskandar, 17 akhirnya ‘buka mulut’ menerusi media sosial miliknya menyatakan bahawa dirinya dianiaya.

 

“Dalam contract memang tak ada langsung bagitau pasal cerita ni pasal nak promote apps gay”

Jelasnya menerusi Twitter beberapa hari lepas, Danish ada juga menjelaskan bahawa dirinya sama sekali tidak mengetahui bahawa ada babak-babak sebegitu, hanya diketahui apabila siri itu sudah ditayangkan.

pelakon stay away from me

Oleh sebab itu, ibu bapanya bertekad untuk membuat tindakan undang-undang kerana pihak produksi yang dikatakan tidak mahu bertanggungjawab, atas perkara yang berlaku ini, Danish menjelaskan bahawa dia akan lebih berhati-hati.

pelakon stay away from me 2

Tambahnya lagi, dia hanya dimaklumkan jalan cerita dan tidak menjelaskan mengenai aplikasi songsang itu. Malah dia menjelaskan sekali lagi bahawa tiada adegan-adegan sebegitu pada mulanya dan ia ditambah last-minute.

pelakon stay away from me 3

Di Instagram, Danish ada kongsikan video dia bersama ibu bapa dikatakan sedang dalam perbincangan untuk membuat tindakan undang-undang.

https://www.instagram.com/p/CXI8cvWJiM_/?utm_source=ig_embed&ig_rid=e464666e-2440-4a26-b581-38a9fa60a3a8

Disebabkan isu ini jadi semakin besar, Danish menerusi laman Twitter miliknya menjelaskan bahawa dirinya akan berehat sebentar dari media sosial.

 

Baca : Isu Babak ‘Kunyit’ Dalam Siri Stay Away From Me : JAKIM Lapor Pada SKMM

page JAKIM 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter