in

Dakwa Terlalu Banyak ‘Defect’, Netizen Terkejut Lihat Rumah Baru Dipenuhi ‘Sticker’

house defect

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang baru membeli rumah baru, ada beberapa perkara atau ilmu yang korang kena ada supaya tak tertipu atau menanggung kerugian di kemudian hari.

Antaranya perkara pertama yang korang perlu lakukan bila dapat kunci rumah ialah dengan periksa setiap kecacatan atau kerosakan (defect) yang ada di dalam rumah tersebut.


Kecacatan ini boleh jadi dinding retak ke, cat tertanggal, tiles yang lompong atau pecah, bilik air bocor dan macam-macam lagi.

Dinding retak tips check defect rumah baru

 

“Rumah baru ke buku pelekat sticker” 

Perkara inilah yang telah dilakukan oleh seorang pemilik rumah atau defect inspector yang mana video berkenaan rumah itu viral di Twitter dek kerana amaun sticker ditampal untuk menandakan kecacatan di dalam rumah tersebut memang luar biasa banyaknya!

Fuh penuh satu rumah beb! Dekat lantai tu penuh dengan sticker je min tengok. 

 

“Antara sebab kenapa aku beli rumah secondhand” 

Video yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana ada yang berasa takut jika terbeli rumah yang terlalu banyak ‘defect’.

Walau bagaimanapun, ada juga yang merasakan perkara ini agak ‘over’ kerana perkara yang dikatakan ‘defect’ itu boleh jadi lantai atau dinding yang kotor dan boleh dibaiki dengan hanya membersihkannya.

purrfect

Bagi yang tak tahu, pihak pemaju selalunya akan memberi tempoh 24 bulan atau 2 tahun untuk kita buat inspection terhadap rumah yang kita baru beli itu dan dalam tempoh itu kita boleh complaint apa saja kerosakan atau kekurangan yang ada di dalam atau di luar rumah berkenaan.

Jadi bila tengok situasi macam ni, boleh dikatakan owner atau defect inspector yang ditugaskan tu memang detail orangnya!  Korang yang beli rumah baru tu take notelah ye! 

Baca: Biawak Besar Syok ‘Berkampung’ Di Siling Rumah, Kantoi Sebab ‘Owner’ Ternampak Kaki Tergantung

f2 monitor

Sumber: Blog
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.