in

Dakwa Pihak Tadika Tak Mahu Bertanggungjawab, Ibu Bapa Budak M*ut Dalam Van Tolak Pampasan RM100,000

budak maut dalam van sekolah tadika pampasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada April lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan maut selepas dipercayai ditinggalkan dalam van sekolah selama lebih empat jam di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Ekoran kejadian itu, pemandu van yang berusia 56 tahun itu telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan menyebabkan kematian, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Ibu bapa mangsa dakwa pihak tadika tidak mahu bertanggungjawab

Namun, sidang media yang dilakukan pihak keluarga mangsa baru-baru ini mendakwa pihak tadika tidak mahu bertanggungjawab berhubung insiden yang menimpa kanak-kanak itu.

Artikel berkaitan: “Mungkin dia nak keluar tapi…” – Kes Budak Maut Tertinggal Dalam Van Sekolah, Bapa Mahu Keadilan Buat Anak

Peguam keluarga itu, Ng Kian Nam, berkata pengusaha tadika telah menawarkan RM100,000 untuk menyelesaikan kes terbabit, tetapi tidak mengaku pihaknya cuai atas insiden berkenaan.

“Mereka percaya pihak tadika dan pemandu bersikap tidak munasabah. Tidak ada keikhlasan, tiada akauntabiliti.

“Kami secara rasmi menolak tawaran itu dan akan meneruskan untuk memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bulan depan,” kata peguam.

Menerusi laporan China Press, keluarga itu sebelum ini meminta pampasan sebanyak RM2,059,301 daripada empat pihak termasuk pengusaha tadika, syarikat pengangkutan dan pemandu van sekolah.

Bagaimanapun, keluarga mangsa menganggap pihak tadika menawarkan pampasan sebanyak RM100,00 sebagai tidak ikhlas dan tiada akauntabiliti.

Screenshot 2025 07 31 at 11.15.5

Pihak tadika dakwa ada buat roll call pada hari kejadian

Menurut ibu mangsa, pihak tadika mendakwa mereka melakukan roll call pada hari kejadian namun ketika mempersoal ketiadaan anaknya dalam kelas, mereka tidak dapat menjawabnya.

“Bolehkah jumlah itu mengembalikan anak saya? RM1 juta pun tidak akan mencukupi, kami hanya mahukan anak kami,” kata ibu mangsa.

Justeru, keluarga mangsa berharap Jabatan Peguam Negara (AGC) mengambil tindakan lanjut terhadap tadika berkenaan.

Sumber: WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.