Malam semalam, warganet Malaysia dikejutkan dengan isu Caprice yang menegur Ebit Lew sehingga ada yang mengatakan hubungan di antara dua individu itu kini menjadi dingin.
Isu ini mula timbul selepas Caprice, atau nama sebenarnya Ariz Ramli menegur Ustaz Ebit Lew berkenaan misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.
Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh pembantu peribadi Ebit Lew di Instagram, Caprice mendakwa tindakan pendakwah itu menggunakan kanak-kanak malang di bumi Gaza sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan.
“Bila orang Palestine tanya Caprice kenape seorang ustaz yang famous di Malaysia buat macam ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab”
Tambah Caprice, ada beberapa pihak yang kurang senang melihat Ebit Lew yang hanya menunjukkan bantuan diberikan kepada golongan susah di sana. Sebagai contoh, Caprice menyebut tentang gambar kanak-kanak yang didakwa perlu mengambil gambar dua kali ketika menerima mainan.
Minta buat permohonan maaf
Caprice turut meminta Ebit Lew untuk membuat hantaran atau permohonan maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang terkesan dengan isu ini.
“Harap2 ustaz boleh post / atau minta maaf secara terbuka kepada sape2 yang terase tentang highlight orang miskin sahaja”
Susulan teguran secara terbuka ini, Caprice mendedahkan akaun Instagram miliknya telah disekat oleh Ebit Lew di media sosial itu.
Tegur isu video ayah meninggal
Dalam tangkap layar perbualan yang dikongsikan, Caprice turut menegur Ebit Lew yang dilihat sudah terlalu kerap ‘bermain’ media sosial.
Jelas Caprice, video yang menunjukkan Ebit Lew memakai sut PPE untuk berjumpa dengan arwah ayahnya yang sakit sebelum ini perlu dipadam untuk menjaga hati rakyat Malaysia.
“Kita pun kene fikir pasal rakyat Malaysia yang ramai hilang family sebab covid dan tak dapat peluang untuk jumpe…”
Bagaimanapun, Caprice menjelaskan teguran ini bukanlah bersifat peribadi, namun dia hanya mahukan yang terbaik buat Ebit Lew.
“Mungkin xde sape berani tegur ustaz.. tapi kalau ustaz kenal Caprice, kita betul2 nak sentiasa bantu ummah dan sentiasa back up ustaz selama ni”, ujar Caprice.
Kredit: Arief Farhan