in

“Dakwa ditendang jurulatih” – Budak 8 Tahun Meninggal Dunia Lepas Dua Hari Sertai Kelab ‘Martial Arts’

Kanak Kanak Maut Martial Arts 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki di China maut selepas didakwa dipukul dan dibiarkan mati oleh jurulatih kelab seni mempertahankan diri ketika baru dua hari menyertai pembelajaran tersebut.

Ibu bapa kanak-kanak lelaki itu telah mendaftarkannya untuk pengajian selama setahun di Kelab Sukan Seni Mempertahankan Diri Chongde Juying pada 17 Jun dan membayar 7,680 yuan (RM 6,700) agar dia dilatih di kelab yang terletak di Qingdao, Shandong itu.


Menurut laporan The Star, kanak-kanak itu dikatakan telah ditendang oleh salah seorang jurulatih di situ dan dibarkan terbaring.

Malah, ada kata-kata ugutan daripada jurulatih itu yang memberitahunya jika dia terus membuat perkara ini (terbaring lemah), ibunya tidak akan mengambilnya selama setahun.

Pexels Cottonbro Studio 7991207
Gambar hiasan

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke hospital namun disahkan telah meninggal dunia ketika tiba di situ, menurut pihak hospital, jantungnya terhenti kira-kira 20 minit sebelum tiba di kecemasan.

Biro Keselamatan Awam Qingdao cawangan Chenyang berkata dalam satu kenyataan, tiga orang telah ditahan berhubung kes ini termasuk pasangan pengurus kelab itu dan seorang jurulatih.

Ketiga-tiga mereka telah ditangkap sekitar jam 2 petang pada 18 Jun atas dakwaan kes jenayah iaitu mendatangkan kecederaan secara sengaja yang membawa kepada kematian, siasatan sedang dijalankan dan operasi kelab dihentikan.

Selain itu, ibu kepada mangsa memberitahu terdapat banyak kesan lebam di badan anaknya, dia menyalahkan jurulatih kelab kerana tidak menghantar anaknya mendapatkan rawatan dengan segera.

Baca: Budak 6 Tahun Ditampar Sampai Lebam, Lepas Enggan Ikut Orang Tak Dikenali Masuk Rumah Kosong

Ft Budak 6 Tahun Kena Tampar Sebab Taknak Ikut Stranger Masuk Rumah Kosong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.