Kalau korang mengikuti akaun TikTok milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, korang mesti kenal dengan seorang insan bernama Dak Nor.
‘Dak Nor’ atau nama sebenarnya Nor Kamariah Mohd Khalid Lourdes Lio yang merupakan bekas pesakit skizofrenia ini telah menerima Anugerah Kasih Wanita Cekal yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas.
Nor Kamariah yang menerima anugerah tersebut meluahkan tekadnya untuk tidak mensia-siakan kepercayaan serta harapan keluarga, rakan-rakan dan penduduk Duyong yang ingin melihat dia sihat dan berdikari seperti manusia normal.
Dengan menerima anugerah ini, semua orang dah pandang Nor sebagai wanita cekal. Jadi, Nor kena buktikan bahawa pesakit mental pun boleh berubah, boleh jadi baik kalau ada sokongan serta dukungan daripada orang sekitar.
Dalam proses nak sihat semula, ramai orang sekeliling bantu Nor terutama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem kerana beliau antara orang yang banyak beri semangat dan bantuan untuk bangkit ketika hidup Nor dalam kegelapan dan tanpa arah tujuan,” katanya.
Artikel berkaitan: “Jangan Tiang Gol Jadi Ampaian Baju” – Yb Tunai Janji Bagi Tiang Gol Dan Bola Untuk Anak Duyong
Artikel berkaitan: Adun Duyong ‘Basuh’ Kontraktor, Lambat Datang Mesyuarat Lebih 1 Jam
Kisah Dak Nor, hidap sakit mental selepas putus cinta
Menerusi perkongsian ADUN Duyong, Mohd Noor Helmy di TikTok, Nor Kamariah asalnya merupakan seorang individu yang datang dari latar belakang susah, namun berusaha dan bekerja sehingga dia memiliki pendapatan yang tinggi.
Namun semuanya berubah selepas dia bercinta dan mula membuat pelbagai pinjaman demi memenuhi ‘keperluan cintanya’ hingga menyebabkan dia berhutang keliling pinggang.
@mnhelmy sekadar pekongsian cerita Dak Nor menjadi pedoman 🫶 #DUYONGkita #ybMatDuyong #melaka #ceritaduyong #fyp
Lebih menyedihkan, kekasihnya itu meninggalkannya dan akibat daripada kejadian itu Nor Kamariah mengalami gangguan emosi dan mental.
Dia nak hilangkan kedukaan dia tu, dia cabut gigi dia pakai playar satu persatu. Sakit mental dia tu lagi sakit daripada cabut gigi pakai playar,” cerita ADUN Duyong dalam perkongsiannya itu.
Kisah duka berlalu, Dak Nor kini miliki 69,000 pengikut di TikTok
Nor Kamariah yang menghidap sakit mental sejak 2008 itu akhirnya bangkit hasil bantuan orang sekeliling yang mahu melihatnya berubah dan menjadi wanita yang cekal dalam menghadapi dugaan.
Dia kini difahamkan mempunyai 69,900 pengikut di platform TikTok dan meneruskan kelangsungan hidup dengan mendapat komisen hasil membantu rakan-rakan menjual produk seperti biskut, sambal dan kambing perap selain membuat review pelbagai produk seperti kedai makan dan motosikal.
Dak Nor juga tidak meletakkan harga untuk review produk yang dijual, namun mengakui pernah juga menerima upah serendah RM20 dan pengalaman itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus membantu peniaga lain.
Kalau rezeki Nor mewah, Nor nak bantu ramai orang terutama adik-beradik dan orang susah lain di luar sana… Sekarang ini pun, Nor sedang baiki ekonomi Nor dahulu.
“Bulan puasa Nor bantu kawan jual kuih dan biskut di Bazar Aidilfitri Banda Hilir, selain jual di platform TikTok… Terima kasih pada pembeli produk yang Nor jual,” katanya.
Menurut Astro AWANI, Nor Kamariah antara empat individu yang menerima Anugerah Kasih Wanita berdasarkan sumbangan dan jasa mereka kepada masyarakat sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025.
Tahniah Dak Nor!
Sumber: Astro AWANI, TikTok