Sebelum ni kecoh mengenai Da’i Farhan mengumumkan perkahwinannya yang kedua dekat laman Instagram miliknya.
Ramai pihak yang dikatakan kurang berpuas hati dengan tindakan dia yang berkahwin semasa isteri pertamanya sedang sarat mengandung.
Ada juga video dia yang sedang di temu ramah oleh wartawan mengenai isu ini, dan kalau kita lihat ramai juga netizen yang kurang senang dengan jawapan yang dia berikan.
Terbaru, seorang peguam telah memuat naik status di laman Facebooknya mengenai isteri pertama Da’i Farhan telah diceraikan dengan talak satu melalui aplikasi whatsApp.
Menurut Asiah Abd Jalil yang juga merupakan seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dia sendiri sudah mendengar voice note yang dilafazkan oleh Da’i Farhan kepada Fatin.
“Lafaz cerai disampaikan melalui voice note aplikasi WhatsApp. Saya sudah mendengar voice note tersebut.” katanya.
Tambahnya lagi alasan yang diberikan kerana menceraikan isteri pertamanya itu adalah disebabkan wanita itu nusyuz terhadap dirinya dan juga memfitnahnya.
Namun, sekarang ni Da’i Farhan sedang berada di China bersama isteri keduanya.
Sebelum ni, Fatin mendakwa telah dipukul dan dikurung oleh Da’i Farhan dan laporan polis telah di buat oleh ahli keluarga Fatin.
Admin harap isu ni cepat selesai demi kebaikan semua pihak. Semoga Fatin selamat melahirkan bayi dalam kandungan tu.
Segala komen yang diberikan oleh netizen adalah melalui pendapat mereka sendiri dan admin tidak bertanggungjawab terhadap komen tersebut.