Sedar tak sedar, hari ni dah masuk 6 Syawal. Lepas seronok beraya selama seminggu, ramai dah mula kembali kepada kehidupan masing-masing dan mula bekerja semula. Ada yang memilih untuk memandu sendiri dari kampung dan ada juga yang pilih untuk naik bas.
Bila cakap pasal naik bas, macam-macam pengalaman pernah kita dengar. Terbaru, seorang pengguna Facebook berkongsi tentang cerita dia dan ibunya yang berstatus OKU naik bas untuk ke Johor.
Pengguna dikenali sebagai Mikail itu menceritakan kisah mereka anak beranak naik bas dari stesen TBS. Waktu tu Mikail dan ibu dia dah siap standby dalam bas. Lepas tu dia mintak izin dengan pemandu bas untuk bawa ibu dia ke bilik air.
Tujuan dia minta izin adalah sebab takut nanti ditinggalkan bas kalau takde orang tahu mereka nak ke tandas. Waktu tu bas belum bergerak pun lagi tapi apa yang dia terkejut adalah cara driver bas tu jawab permintaan dia. Memang kurang sopan.
“Kau nak bawak mak kau ke bilik air suka hati kau, lambat aku tinggal! Aku nak cepat! Lain kali dah tahu orang tua, tak payah bawak naik bas! Menyusahkan orang!” tengking pemandu bas tersebut sampai habis penumpang lain dengar.
Lepas kena tengking tu, Mikail mendakwa dia menjawab balik sampai jadi pertelingkahan mulut. Then dia pergi bilik air dan naik bas tu semula. Baru je ibu OKU dia yang tua dan uzur tu naik bas, driver tadi terus gerak mendadak. Ini menyebabkan ibu Mikail jatuh tersungkur atas lantai bas.
Disebabkan hal ni, Mikail menyeru pengusaha dan pihak kementerian agar dapat mengambil tindakan yang tegas kepada pemandu yang tidak beradap dan mendatangkan bahaya kepada penumpang macam tu.
Lepas entri ni tersebar, ramai yang tak puas hati dengan perangai pemandu bas yang kurang ajar tu dan mahu mangsa buat laporan polis.
Namun ada juga yang begitu positif dan merasakan mungkin mood pemandu tidak elok kerana ada sesuatu yang buruk menimpanya. Tapi ada seorang individu tampil berkongsi pengalaman dia naik bas yang sama dan pekerja dari syarikat bas tersebut katanya memang kurang ajar dan memberikan layanan yang tak elok.
Tak baik tau buat macam tu! Korang pernah kena situasi macam ni tak?
Baca: Kena Tinggal di Highway Jam 3 Pagi