in

“Dah setel ye” – Viral Tak Buat ‘Paid Review’ Lepas Dapat Bayaran, Noreen Refund Balik Duit ‘Seller’

norreen paid review tak bayar 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan pembangunan media sosial zaman kini, selalu kita dengar tentang influencer ataupun insta-femes yang buat paid review. Ada juga yang menjadikan paid review itu sebagai sumber utama pendapatan mereka.

Namun, baru-baru ini telah kecoh di laman sosial Twitter apabila ada individu, mendakwa seorang influencer yang dikenali sebagai Norreen Iman yang tidak membuat paid review seperti yang dijanjikan setelah mendapat pembayaran.


Menerusi ciapan tersebut, Norreen tidak melakukan paid review tersebut dari tahun 2018 sehingga sekarang.

Screenshot 2022 10 25 144810

Bagaimanapun, Norreen tidak berdiam diri, menerusi akaun sosial Intagram, dia mengakui terkejut kerana namanya disebut oleh orang ramai di laman sosial Twitter. Dia kemudian mengakui silapnya kerana terlepas pandang melangsaikan tugas tersebut disebabkan banyak mengambil tawaran paid review.

“Yang jenis RM80 punya review, mak (saya) terlupa.  Dia macam katanya barang dah hantar. Jadi mak baca DM macam pelik, benda apa tu? Aku memang betul-betul tak ingatlah,” akui Norreen.

Screenshot 2022 10 25 145618

Norreen berkata, kalau dia ada terlepas pandang mana-mana paid review lain, minta mereka tampil dan menegurnya dengan meninggalkan mesej supaya dia boleh membuat pembayaran refund kepada sesiapa yang terlibat.

“Jadi, DM saja kita… ada je sebelum ini orang DM tahun 2018 ke 19 ke yang aku terlepas pandang, kita bayar saja. Yang RM100, awak punya RM80, DM saja kita bayar,” kata Norreen.

Namun, menurut ciapan berlainan Seller berkenaan memberitahu yang Norreen telahpun membuat bayaran balik kepadanya. Walaupun, niatnya hanya untuk berkongsikan cerita kepada warganet tapi dia amat memuji sikap Norreen yang berusaha untuk mencarinya untuk mengganti balik duitnya.

Screenshot 2022 10 25 150212

Rasanya apa yang dia buat tu memang patut la, kalau kita ada hutang ke apa dekat orang lain tak kira la dah lama pun, mesti kena bayar…

Baca : “Dia ambil duit tu pergi shopping” – Geng Influencer Bengang, Jadi Mangsa ‘Scam’ Tour Guide Di Hatyai?

Untitled design 34 758x399 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.