Kalau kita perasan, semasa awal perayaan hari itu, cuaca begitu panas terik sampaikan ada yang demam masa hari raya ketiga kan?
Sedangkan kita yang manusia ni pun tak tahan dengan panas macam tu, inikan pula haiwan peliharaan yang tak tahu apa-apa.
Kes yang terjadi dan tular di media sosial ini diharap dapat dijadikan pengajaran buat pembela kucing jika ingin biarkan si bulu ini bersendirian di rumah ketika beraya.
Kurung dekat balkoni, kucing mengiau beberapa hari dalam rumah kosong
Menurut pemilik video yang merupakan jiran tetangga, kucing itu dah terbiar dan asyik mengiau selama 3 hari. Kucing itu terkurung dan diletakkan di dalam sangkar serta dibiarkan di balkoni rumah.
Bagaimanapun, pemilik rumah tersebut sudah sampai ke rumah selepas dihubungi oleh pihak pengurusan residensi itu dan dia sudah memohon maaf.
BODOH PUNYA CAT OWNER TINGGALKAN KUCING KURUNG KAT BALCONY. DAH 3 HARI KUCING MEOWING. BLOCK F MUTIARAVILLE@Twt_Cyberjaya pic.twitter.com/lc80JPyTNZ
— Maharaja Al-Fachri Al-Asmar (@fachriasmar) April 26, 2023
Video ini telah mendatangkan rasa bimbang netizen kerana cuaca yang begitu panas dan ramai yang menganggap kucing itu dalam kelaparan.
Malah, pemilik kucing itu juga tidak lekang menerima kecaman kerana dianggap membela kucing sambil lewa.
Harap-harap kucing tu elok-elok je keadaannya sekarang. Harap sesiapa yang ada bela kucing kenalah sediakan kelengkapan yang cukup.
Baca : Doktor Haiwan Kongsikan Tips Tinggalkan Kucing Bersendirian Di Rumah Kalau Balik Beraya