Korang pernah tak tolong parents ke atau ahli keluarga yang lain pack barang untuk diaorang pergi menunaikan ibadah umrah? Mesti nampak kan betapa terujanya mereka sebab nak menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.
Baru-baru ni, tular dekat laman Twitter mengenai hampir 260 orang jemaah umrah yang tidak dapat pergi menunaikan ibadah itu selepas kena tipu oleh agensi yang menguruskan mereka.
https://twitter.com/fyyillusionx_/status/1202156048460574720?s=20
Nenek sekarang murung
Menurut @fyyillusionx_, individu yang memuat naik perkongsian ini ibu bapanya merupakan salah satu mangsa penipuan dari agensi Massnizam Group Sdn Bhd.
Susah payah parents i cari duit nak pergi umrah, senang senang orang kaut macamtu je.”
Tambahnya lagi, agensi tersebut telah songlap duit yang dibayar oleh jemaah umrah mencecah hampir RM2 juta ringgit.
Jemaah umrah sepatutnya dijadualkan untuk terbang ke tanah suci Mekah pada 26 November dan 4 Disember rupanya hanyalah penipuan semata-mata oleh agensi itu.
Oleh kerana tiket dan segala urusan jemaah tidak diuruskan lagi, agensi tersebut sewenang-wenangnya menunda tarikh umrah dalam group whatsApp mereka.
Banyak negeri dah kena tipu!
Tambahnya lagi, agensi ini bukan hanya menipu jemaah daripada negeri Johor sahaja, tetapi mereka turut menipu beberapa negeri lain juga.
Namun apa lebih memilukan apabila agensi yang diuruskan oleh suami isteri ini akhirnya apabila keadaan menjadi keroh, hanya isterinya sahaja yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah ini kerana si suami dikatakan telah melarikan diri.
https://twitter.com/fyyillusionx_/status/1202156122909503488?s=20
Bukan itu sahaja, agensi tersebut ada mengeluarkan satu statement bagi menjelaskan keadaan sebenar, namun sehingga ke harini ini tiada tindakan susulan daripada agensi itu.
Amboi, senangnya dia bawa lari duit orang ye! Ingat senang ke nak kumpul duit tu? Bukan senang juga tau nak jadi tetamu ke tanah suci Mekkah. Tak baik tau tipu duit orang macam ni!