in

“Dah macam pengemis” – Budak Lelaki Paksa Bagi Duit Raya Siap Mencarut Bila Tak Dilayan

Dah Macam Pengemis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak yang petah bercakap sememangnya menghiburkan, lebih-lebih lagi jika mereka cakna dengan situasi dan bijak dalam bersosial.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak yang pandai bercakap tetapi tidak ada adab dan mengganggu orang lain sehingga mengeluarkan kata-kata kesat.


Video berkenaan tular di media sosial, dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, difahamkan insiden tersebut berlaku di sebuah restoran ketika musim perayaan Aidilfitri.

“At first, budak-budak belakang ni dok jerit-jerit dekat aku ‘akak nak duit raya’ aku still buat bod* lagi that time.

Pastu makin lama makin menjadi-jadi budak ni, dengan tak kenal tiba-tiba mintak duit raya dah macam pengemis ya,” katanya.

Tidak berhenti di situ, kanak-kanak tersebut turut mengganggu wanita tersebut dengan berkata ada ‘abang’ di belakang yang meminta nombor telefonnya lebih menjengkelkan, kanak-kanak tersebut bertindak mencarut apabila tidak dilayan.

Kanak-kanak itu turut mengganggu orang di bahagian belakang dengan meminta rokok, malah berkata wanita itu makan makanan haram dan tidak halal.

Hmm, kena jaga lah anak-anak ni…

Baca: [VIDEO] 2 Kanak-kanak Main Lato-lato Masa Jemaah Wanita Tengah Khusyuk Solat

Ft Budak Main Lato Lato Dalam Surau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.