in

“Dah macam anak biawak” – [VIDEO] Aksi Pemuda Jumpa ‘Bapa’ Cicak Dalam Tandas Jadi Bahan Tawa Netizen

FT cicak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir semua orang memiliki rasa takut pada sesuatu perkara atau benda. Jika ketakutan itu berlebihan ianya dipanggil fobia.  Fobia pula bermaksud ketakutan yang berlebih-lebihan dalam suatu perkara seperti takut kepada tinggi, ruang yang sempit, darah dan sesuatu haiwan.

Sama dengan kisah kalini, dalam perkongsian @isea_e, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang memaparkan seekor cicak besar yang dijumpainya di dalam tandas.


@isea_e

♬ เสียงต้นฉบับ – ICE – AorNorJor

“Tahu takut”

Cicak yang berukuran lebih kurang besar tapak tangan itu dijumpai melekat di cermin yang berada di pintu tandas rumah pemuda tersebut. Apa yang menarik dengan video ini adalah bagaimana pemuda itu membuka pintu tandas. Sampai nangis-nangis, hahaha.

cak e1630987283194

Akibat terlalu takut dengan haiwan reptilia itu, pemuda yang berasal daripada negara jiran, Thailand itu membuka pintu tandas rumahnya dengan menggunakan batang penyapu. Siapa je yang tak takut kalau jumpa cicak sebesar tu lagi-lagi tempat kecil macam tandas.

“Besarnya”

Kalau korang nak tahu, cicak rumah merupakan haiwan reptilia berdarah sejuk dan boleh panjat dinding yang tegak dan licin. Secara saintifiknya, kaki cicak mempunyai rerambut halus yang membolehkan ia melekat dengan kuat. Dikatakan cicak ini mampu membesar sehingga 27 sentimeter panjang.

Aksi lucu pemuda itu telah menarik lebih daripada 10 juta tontonan di Tiktok. Rata-rata netizen yang menonton video itu terhibur dengan gelagat pemuda tersebut. Mereka juga beranggapan bahawa cicak itu merupakan sejenis cicak yang jarang dijumpai iaitu cicak gurun. Tengok warna kulit pun dah lain.

Antara komen netizen yang min tertarik untuk berkongsi:

komen cicak

Walaupun pemuda itu akhirnya dapat keluar dari tandas, dia berlari ketakutan sambil diperhatikan rakannya yang sudah tunggu dia dari luar.

Kalau min jadi dia pun min nangis sebab min pun takut dengan cicak.

Baca: https:“Janji ikhlas tolong” – [VIDEO]  Ibu Pelik Lama Sangat Dekat Dapur Cara Anak cuci Kerang Buat Netizen Terhibur

kerang e1630986576153

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.