in

“Dah lama nak tau” – [VIDEO] Amoi Ini Jelaskan Kenapa Kaum Cina Ada Nama Inggeris

page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama memainkan peranan yang penting kerana nama adalah yang akan dipanggil dan mewakili siapakah diri kita.

Sebut mengenai nama, pasti ada yang pernah tertanya-tanya kenapa kaum Cina mempunyai dua nama berbeza iaitu nama sebenar seperti dalam kad pengenalan mereka dan juga nama panggilan seperti nama orang Inggeris.


Mungkin persoalan itu akan terjawab selepas korang tonton penjelasan seorang TikToker ini, @lowsokying.

Menurut pengalaman Low Sok Ying sendiri, dia mengakui namanya sendiri sukar untuk dipanggil atau diingati ramai. Dia juga memberitahu namanya sering disalah eja, begitu juga dengan individu Cina yang lain.

@lowsokying

Replying to @ladyroyal99 Saya dan Puiyi saja yang tak ada nama English.

♬ original sound – Low Sok Ying – Low Sok Ying

Atas faktor-faktor itu, ramai kaum Cina memilih untuk mempunyai nama Inggeris untuk memudahkan panggilan namanya oleh kaum lain.

Selain itu, ada juga kaum Cina beragama Kristian yang sememangnya mempunyai nama Inggeris sebagai nama rasmi.

Perkongsiannya ini telah menarik perhatian ramai sekali gus menjawab persoalan segelintir netizen tentang dua nama berbeza. Netizen turut mengakui nama panggilan Inggeris lebih mudah diingati dan kenal berbanding nama Cina.

Screenshot 20230104 011011

Screenshot 20230104 010949

Namun, ada juga yang mengatakan tidak menjadi masalah untuk mereka mengingati nama sebenar individu Cina malah lebih ingat berbanding nama kaum sendiri.

Baca: [VIDEO] Netizen Kagum Gadis Melayu Fasih Cakap Mandarin Tolong Aunty Cina Masa PRU

gadis melayu fasih mandarin

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.