Seteruk-teruk Covid-19 ni, teruk lagi sikap manusia yang suka ambil kesempatan dalam kesempitan. Rasa kesian bila tengok segelintir warganet yang menjadi mangsa scam daripada manusia-manusia yang tak berhati perut ni.
Selepas seorang netizen ini kongsikan gambar dia ditipu, ramai lagi sebenarnya yang turut menjadi mangsa. Caj harga yang mahal tapi gunakan mask terpakai!
Dahla dia jual RM1.90 satu”
https://twitter.com/_zanaaaaa/status/1242124859280216064
Kalau diperhatikan gambar yang kedua, tempat pasang kat telinga tu dah kotor dan dekat packaging ada logo ‘R’ yang dikatakan bermaksud ‘reuse’ atau ‘recycle’.
Biarpun warganet lain marah dan bersimpati bila melihat nasib malang mangsa ini, mangsa tidak dapat dedahkan dalangnya kerana bukan dia yang kendalikan pembelian itu, dikatakan tujuan dia beli adalah untuk kegunaan syarikat.
Malah ramai netizen bimbang dan menggesa mangsa yang terima barang dikitar semula ini untuk tidak membukanya kerana bimbang dengan tahap kebersihan topeng muka itu.
Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 33K jumlah retweets sebagai tanda peringatan kepada kita semua agar berhati-hati dengan seller di luar sana.
Sebelum ini pun kita dapat lihat ada orang merakam kegiatan beberapa individu yang mengutip topeng buka yang bersepah di tempat awam, dan jemur semula. Mungkin ini lah tujuannya kot.