in

“Dah la ada 2-3 anjing depan lobby tu” – Aliff Syukri Tayang Rakaman CCTV Konon ‘Kurang Sopan’, Ini Respon Pelanggan

aliff6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan viralnya pendedahan Abudi Alsagoff terhadap pengalaman buruknya ketika menginap di Sugeh Hill Resort di Janda Baik, Pahang, pemilik resort tersebut yang merupakan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri tampil beri respon menerusi IGTV miliknya.

 

Eco resort bukan hotel 5 bintang –  Aliff Syukri


Sebelum ini, pelanggan tersebut ada mendedahkan mesej berbaur gertakan untuk tayang rakaman CCTV jika posting itu tidak dibuang. Namun begitu, ia jadi viral dan telah membuatkan Aliff Syukri bertindak untuk kongsikan rakaman tersebut.

Dalam video yang berdurasi 3 minit 22 saat itu, dilihat satu kelaurga berkumpul di lobi dan anak-anak kecil berkeliaran dan berlari-lari di kawan tersebut sehingga melintasi ruang larangan seperti di kaunter.

Dalam pada itu, Aliff Syukri ada menunjukkan review daripada pelanggan-pelanggan yang sedang menginap dan membuktikan persekitaran resort miliknya yang indah.

Boleh baca dan tengok penjelasan daripada pihak Aliff Syukri pula.

https://www.instagram.com/p/CD_jabqJiQP/

 

SO KALAU FAMILY SOPAN MMG TAKKAN ADA LIPAS DLM PETI AIS? – Abudi Alsagoff

Respon tersebut sampai ke pihak pelanggan tersebut. Kata Abudi kepada team Lobak Merah, dia memberikan respon melalui Facebook dengan memasukkan segala komen-komen kecaman daripada netizen dibahagian caption daripada perkongsian IGTV pemilik resort tersebut.

Itu saya copy paste comment orang kat post dia. Anyway, dia x tunjuk pun time tu lobby kosong. Dan kami tau bilik2 dekat lobby tu semua kami book”

Ini kerana segala aspek-aspek yang dibentangkan olah Abudi sebelum ini tidak diperjelaskan dengan telus.

https://www.facebook.com/AbudiAlsagoff/photos/a.1141450189203329/3845926138755707/?type=3&theater

Berdasarkan komen yang diberikan itu juga, ia menjelaskan bahawa isu yang cuba dikongsikan langsung tak kena dengan apa yang Abudi ‘suarakan’ sebelum ini.

Sebelum ini, Abudi ada kongsikan persekitaran di resort tersebut dan layanan buruk yang mereka terima. Perkongsian itu viral sehingga wujud perbahalan Aliff Syukri dengan dirinya.

 

Baca : “Delete atau saya ambil tindakan” – Lelaki Diugut DS Aliff Syukri Sebab ‘Share’ Pengalaman Buruk Dekat Resort?

aliff2

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.