Timbul satu dakwaan oleh Farid Kamil yang mengatakan Diana Danielle berlaku curang kepadanya dan ia menjadi punca rumah tangga goyah sehingga membuat tuntutan cerai.
Bagaimanapaun Diana hari ini menegaskan bahawa keretakan rumah tangga antaranya dengan Farid adalah berpunca daripada suaminya sendiri
Diana tepis dakwaan orang ketiga
Diana Danielle turut mendedahkan bahawa Farid baru sahaja gantikan cincin kahwin selepas 8 tahun dia hilangkan.
“Itu semua fitnah. Masalah yang timbul adalah kesalahan dia 100 peratus. Kalau betul ada orang ketiga, kenapa dia hendak belikan cincin kahwin saya?”
“Kalau ‘kantoi’ kenapa hendak bawa bunga? Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi sudah dia hilangkan selama lapan tahun.”
“Tetapi, baru hari ini dia hendak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun.”
https://www.instagram.com/p/CqUQv51rspV/
Diana dan Farid hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari secara berasingan hari ini.
Menurut Astro Awani, ia bagi memaklumkan mahkamah berhubung pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka, selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Anak trauma
Dalam pada itu, Diana juga menjelaskan bahawa salah seorang anaknya dalam keadaan trauma bagi menjawab dakwaan Farid sudah 23 hari tidak bertemu anak-anak mereka.
Sumber melaporkan bahawa Farid tiba di mahkamah sekitar pukul 9 pagi sambil membawa jambangan bunga mawar untuk Diana serta sebentuk cincin sebagai hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11. Diana pula hadir 5 minit lebih awal bersama pengawal peribadi.
Sebelum ini, Farid ada menjelaskan bahawa keretakan rumah tangganya adalah disebabkan Diana curang dengan orang ketika, malah dia juga dakwa bahawa orang ketiga itu yang mendorong isterinya tuntut cerai.
Dakwanya, perkara ini sudah terjadi sejak tahun lepas cuma kesahihannya terbukti sejak kebelakangan ini.
Baca : Farid Kamil Dakwa Ada Pihak Ketiga Sokong Diana Danielle Minta Cerai