in

Dah 6 Tahun Tak Makan, Chef Bergantung Pada Tiub Nak Dapatkan Nutrisi Masih ‘Expert’ Masak

Chef

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat sindrom Ehlers Danlos, satu penyakit tisu yang membuatkan usus tak boleh hadam makanan pejal yang dilaluinya, seorang wanita di Britain sudah 6 tahun tak dapat nutrien dalam badan.


Menerusi Kosmo! Loretta Harmes, 23 hanya bergantung kepada tiub cecair untuk memperoleh nutrien. Dia mula rasa gejala sejak zaman kanak-kanak lagi, tapi pada masa tersebut setiap kali makan atau minum dia akan rasa sakit.

117910515 Baobab4

“Saya pernah cuba membunuh diri sebanyak tiga kali kerana dituduh mempunyai masalah mental sedangkan ada sesuatu yang tidak kena dengan perut saya.

“Pada 2015, saya akhirnya disahkan mempunyai sindrom Ehlers Danlos dan sejak itu, saya bergantung kepada tiub makanan untuk menyalurkan cecair nutrien yang diperlukan badan.” 

Namun kini, makanan Harmes adalah cecair total nutrisi parenteral (TPN), selama 18 jam sehari dia akan dihubungkan pada saluran tiub makan yang melewati sistem pencernaan dan mengalirkan semua nutrien terus ke aliran darah.

Cef

Biarpun dia ada masalah pencernaan makanan, ia tidak menghalang Harmes untuk mencapai cita-cita bergelar seorang cef dan banyak berkongsi resepi di media sosial.

“Saya biasa akan meminta ibu atau ahli keluarga untuk merasa masakan saya. Biarpun saya tidak mampu merasa makanan yang dimasak, penyakit saya tidak membuatkan saya benci pada makanan malah lebih menghargainya,” ujarnya.

 

Baca : “Housemate paling untunggg dalam dunia” – Share Masakan Sahur, Netizen Jeles Housemate Khairulaming Makan Sedap Setiap Hari

Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.