in

“Dah 26 tahun rupanya” – Sejarah Evolusi ‘Motosikal Rakyat’ Modenas Kriss Yang Ramai Tak Tahu

Sejarah Modenas Kriss 3

Bila sebut MODENAS, ramai mengenali jenama ini sebagai pengeluar motosikal negara namun tak ramai yang mengetahui MODENAS sebenarnya merupakan syarikat pertama di malaysia yang mengeluarkan motosikal iaitu pada tahun 1995.

Logo Bukan Sekadar Huruf Rupanya

Logo ‘M’ syarikat ini sebenarnya bukan sekadar huruf, sebaliknya ia adalah Gunung Jerai, gunung yang jelas kelihatan dari kilang syarikat berkenaan yang berpangkalan di Gurun, Kedah.

Walaupun ditubuhkan pada tahun 1995, model pertama keluaran MODENAS iaitu KRISS 110 hanya diperkenalkan pada pasaran pada tahun 1996. Lebih menarik, ia membuat penampilan pertamanya dalam perarakan Hari Kebangsaan pada tahun tersebut sebelum pengeluaran besar-besaran dilakukan pada penghujung 1996.

14379982 10154279727457224 7383912061801840788 O

Menurut perkongsian di WapCar, MODENAS Kriss pernah memegang takhta selaku ‘kapcai’ empat lejang terlaris di pasaran tempatan bagi satu tempoh dan sehingga hari ini, ianya masih berada di pasaran dengan pembaharuan demi pembaharuan.

Ini adalah evolusi Kriss 110 bermula dari tahun 1996 sehingga keluarnya model terbaharu Kriss 110 Disc Brake yang dilancarkan pada penghujung tahun 2021.

1996

Dilancarkan pada tahun 1996, model pertama Kriss 110 ini dibina berdasarkan Kawasaki Kazer AN110.

  • Kali pertama dipertontonkan kepada orang awam semasa perarakan hari merdeka.
  • Motosikal empat lejang pilihan ramai dan menjelang tahun 1997.
  • Sekitar 99,800 unit berjaya terjual.

20933929 10155173535007224 4236328959486944728 O

1999

Selepas 3 tahun dalam pasaran, model Kriss 110 ini menampilkan pembaharuan seperti pengenalan brek cakera pada bahagian depan. Secara tak langsung, sistem brek cakera ini membuatkan lebih ramai berminat untuk mendapatkan model berkenaan kerana sistem keselamatan yang telah dipertingkatkan.

2000

Tahun 2000 menyaksikan enjin AN110 yang ada pada Kriss ini dinaiktaraf dan perubahan ini meningkatkan kuasa kudanya dari 7.5 h.p kepada 9.0 h.p. 

  • Penggunaan minyak yang lebih baik.
  • Mampu bergerak sejauh 44 kilometer pada kelajuan 90km/h dengan hanya menggunakan 1 liter minyak sahaja.

2002

Screenshot 1

Varian kos rendah ‘Kriss SG’ atau Kriss ‘Serba Guna’ dikeluarkan pada tahun 2002.

  • Alternatif kepada model ikonik Kriss 110.
  • Disebabkan rekaan yang kurang menarik, ia gagal mendapat sambutan ramai.
  • Akhirnya terpaksa dihentikan pengeluarannya.

2003

7 tahun berada di pasaran dengan penukaran dari segi brek hadapan dan enjin.

  • Perkenalkan reka bentuk lampu baharu.
  • Grafik yang lebih menarik.
  • Panel badan berwarna penuh.

Ketika itu, ia dikenali sebagai ‘Kriss II‘ dan telah dilancarkan oleh Tan Sri Mohd Saleh Sulong di Gurun. Ianya dijual dengan harga RM5,198.

2007

Kriss generasi kedua (Kriss Sports) menggunakan enjin berkuasa 120cc dilancarkan, pun begitu, enjin yang digunakan hanyalah enjin AN110 yang telah dikorek semula dan ditambah dengan camshaft yang dipertingkatkan.

  • Dikenali sebagai MAC-S atau Sistem Aci Sesondol Termaju Modenas (Modenas Advanced Camshaft System).

Unnamed

2012

Kriss MR1 yang bermaksud Kriss ‘Motosikal Rakyat 1Malaysia’ diperkenalkan. Secara tak langsung memperkenalkan semula model Kriss 110 setelah dihentikan pengeluarannya pada tahun 2009 kerana memberi laluan kepada Modenas CT.

2017

MODENAS mengembalikan semula varian enjin 110 dengan pengeluaran Modenas MR-2 dengan beberapa pembaharuan seperti lampu yang lebih terang, paparan meter yang lebih jelas dan menarik, serta reka bentuk yang lebih aerodinamik dan tangki minyak dan ruang simpanan lebih besar.

2019

Mensasarkan mereka yang mencari motosikal pertama, Kriss 110 versi terbaharu atau dikenali sebagai MR-3.

  • Dilancarkan dengan harga hanya RM3,377.
  • 100% hasil tangan rakyat Malaysia.
  • Pembaharuan dari segi reka bentuk yang lebih sporty.
  • Menggunakan brek dram di bahagian depan dan belakang.

Screenshot 2 1

2020

Varian baharu kepada motosikal moped terlaris, iaitu Modenas Kriss 110 Disc Brake dilancarkan sebagai penutup tirai tahun 2020.

Ezgif.com Gif Maker

Hadir dengan rekaan lebih sporty, antara pembaharuan Kriss 110 Disc Brake ini termasuklah ruang penyimpanan yang lebih besar, soket pengecasan USB dan lain-lain.

Tahun Ke-26 Dalam Pasaran

Bersesuaian dengan ‘ulangtahun’ Kriss 110 ke-26 hari merdeka tahun ini, MODENAS nak buat ‘give away’ dan hadiah utamanya merupakan sebuah motosikal Kriss 110 Disc Brake kepada pemenang bertuah.

Korang boleh tengok cara-cara nak sertai di posting MODENAS ni, dan follow je arahan-arahan yang diberikan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web MODENAS atau dapatkan informasi terkini tentang peraduan ataupun maklumat di Facebook rasmi MODENAS.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Zombiedrive
Sumber: Facebook
Sumber: MODENAS