Omg! Panasss! Apa dah jadi dengan pasangan ‘romantik’ ni. Selama ni admin tengok sama cantik sama padan tapi ada satu spekulasi terjadi mereka ni!
Pengasas produk bengkung dan pengusaha kedai emas Nur Sajat sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila dia ada update Instastory yang seolah-olah sedang berbalah dengan teman lelakinya Coach Yin.
Ko pukul aku lagi!! – Sajat
Ia seolah-olah ketara apabila Coach Yin turut memuat naik ig story yang seolah-olah membalas kenyataan Sajat. Pasal apa tu?
Dikatakan Sajat kena pukul sehingga lebam satu badan, ini berikutan dengan posting dia di Instagram sebelum ianya dipadamkan. Dalam posting itu kelihatan bahagian lengan bengkak akibat kesan pukul dan dipercayai tangan itu tangan Sajat.
Walaupun dipadam, posting itu sempat di screenshot oleh netizen di Twitter.
Dalam masa yang sama, Sajat juga ada menjelaskan yang seolah-olah ini bukan kali pertama dia dipukul , ia dikongsikan melalui ig story.
Ramai netizen yang anggap perkongsia itu ditujukan kepada Coach Yin, ini kerana Coach Yin ada muat naik ig story yang seolah-oleh membalas kenyataan itu. Baca ni…
Orang takkan pukul kau tanpa sebab – Coach Yin
Dikatakan Coach Yin pukul kerana ada sebab tertentu, individu yang dipukul itu bermulut lancang dan suka mempergunakan orang. Dia juga dikatakan suka maki hamun Coach Yin sehingga membuatkan Coach Yin hilang sabar.
Perkongsian di Twitter ini telah mengundang reaksi sarkstik dan ada yang mengikuti perkembangan mereka mengatakan ini bukanlah kali pertama mereka bergaduh. Hurmm.
Namun begitu ada yang beranggapan itu hanyalah sekadar strategi pemasaran. Katanya, teaser untuk melancar kan produk baru. Malah, ramai yang anggap perkongsian itu sangat ketara ditujukan oleh Sajat. Hurmm, entah lah.
Lelaki dengan lelaki gaduh biasalah. Esok okaylah tu – Netizen.
Hurm, entah lah korang rasa macam mana?
Baca : “Tak sabar tengok muka staff ” – Sajat Belanja Pekerja Mancungkan Hidung Kat Thailand