Rubik’s Cube adalah puzzle berbentuk 3D yang telah dicipta pada tahun 1974 oleh seorang professor berbangsa Hungary bernama Ernő Rubik.
Untuk menyelesaikan Rubik’s Cube adalah satu perkara yang agak mencabar. Namun, bagi seorang lelaki ini, beliau bukan setakat mampu menyelesaikan kiub itu, malahan mampu membuat bendera daripada gabungan beberapa kiub itu. Salah satu bendera yang beliau pilih adalah Jalur Gemilang. Cuba korang tengok video @FLjasmy kat bawah ni.
https://twitter.com/FLjasmy/status/1379932788552429569
Cukup jalur dan bintang
Fuhh… admin memang respect lah mamat ni. Kita ni nak selesaikan puzzle tu makan hari, dia siap boleh buat bendera lagi. Memang hebat lah!
Betul, time zaman sekolah kena lukis bendera Malaysia memang susah weh. Kadang-kadang bintang nampak tak seimbang, bulan pun tak berapa jadi.
Untuk korang yang tak sempat kira jalur dalam video, ni ada orang dah kira. Cukup 14 melintang jalurnya… eh jadi lagu pulak.
Bucu bintang pun ada yang dah kira ye. Cukup 14 bucu. Bangga admin ada orang luar buat bendera negera kita cukup sifat.
Nama lelaki yang buat bendera guna Rubik’s Cube ni ialah Danil Gavrish. Selain buat bendera, dia ni ada juga buat artwork lain guna kiub. Korang boleh tengok Instagram @danil_gavrish kat bawah ni.
https://www.instagram.com/p/CMzXzT_pUUO/