Sebagai seorang Muslim, lagi kita masih hidup di bumi ini, kita semestinya perlu mengejar pahala sebanyak yang mungkin untuk menjadi bekalan kita di akhirat kelak.
Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda ini apabila dia membersihkan tempat ambil wuduk yang berlumut di sebuah masjid ini sehingga bersih.
Ini kerana tempat wuduk itu dilihat agar kotor dengan lumut dan kotoran yang melekat pada lantai dan dinding tempat wuduk itu.
Pemuda tersebut yang dikenali sebagai cleaner_masjid itu berkongsikan video dia membersihkan masjid di TikTok dan Instagram sehingga mencecah tontonan hampir 50 juta views.
@cleaner_masjid part#3 cleaning wudhu masjid ?
Artikel Berkaitan: Viral Makcik ‘Cleaner’ Fasih Cakap Jepun, Rupanya Boleh Bertutur 5 Bahasa!
Artikel Berkaitan: Tular Kes Lelaki Berambut Panjang Ditegur Diminta Tutup Aurat, Pihak Masjid Negara Mohon Maaf Secara Terbuka
Dalam video yang berdurasi selama 44 saat itu, pemuda tersebut telah membersihkan kawasan tempat wuduk masjid itu seorang diri dan dia juga telah menyental dinding dan lantai yang kotor sehingga bersih semula.
Meninjau ke akaun TikTok pemuda ini, difahamkan dia telah beberapa kali membersihkan tempat wuduk dan tandas masjid yang lain juga.
Selain itu, dia juga membersihkan kolah tempat wuduk masjid dan bukan itu sahaja, dia turut mengecat semula dinding tempat wuduk tersebut kerana cat yang lama telah mengelupas.
@cleaner_masjid part#5 cleaning masjid wudhu water tank?
Rata-rata netizen memuji usaha baik pemuda ini membersihkan masjid dengan inisiatif sendiri.
Meskipun lokasi masjid itu tidak didedahkan, namun pemuda ini dipercayai dari Indonesia yang membersihkan di negaranya.
Memang layak dia dipuji dan boleh dijadikan contoh untuk masyarakat yang lain juga.
Sumber: TikTok @cleaner_masjid