Seorang bekas pelajar sebuah sekolah di Jepun berusia 63 tahun telah menceroboh sekolah lamanya untuk mencari barang yang dirampas oleh seorang guru lebih 40 tahun yang lalu.
Bekas pelajar itu telah menceroboh masuk sekolah lamanya yang ditutup sementara sempena cuti musim sejuk bersama teman wanitanya yang berumur 58 tahun. Selain mencari barangan yang dirampas, mereka juga cuba mencari maklumat perhubungan guru yang berbuat demikian dalam rekod simpanan sekolah.
Kedua-dua pasangan itu pernah menghadiri sekolah yang sama suatu ketika dahulu dan mereka merancang untuk mendapatkan semula barangan yang dirampas selepas beberapa dekad. Mereka berjaya memasuki bilik guru sebelum ditangkap petugas sekolah yang mendengar pasangan itu bercakap dengan kuat.
Petugas sekolah kemudianya memaklumkan pihak polis mengenai kejadian pecah masuk itu. Pihak polis telah menahan kedua-dua pasangan itu sebaik tiba di lokasi kejadian. Polis mendapati kedua-dua mereka dalam keadaan mabuk ketika ditahan.
Mereka kini masih dalam tahanan polis untuk membantu siasatan kes pencerobohan sekolah.
Sumber: Daily Mail UK
Baca: Lupakan Mesin Gedegang Air Tin, Kali Ini Ada Vending Machine Untuk Cari Cinta Di Jepun