Dalam dunia bola sepak, nama stadium memainkan peranan yang sangat penting. Nama dan gelaran stadium adalah satu kebanggaan buat para pemain dan penyokong.
Sebagai contoh, kelab bola sepak terhebat di dunia Machester United mengelarkan Stadium Old Trafford sebagai ‘The Theatre of Dreams’. Gelaran ini membawa erti banyak impian dan cita-cita yang dapat direalisasikan di stadium keramat ini.
Bercerita tentang stadium, baru-baru ini berlangsungnya penyerahan Mini Stadium Ffira Mikah oleh Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) kepada KN Kiara Football Club. Majlis penyerahan ini berlangsung pada 7 Disember lalu dan disempurnakan oleh Pegawai Daerah Padang Terap sendiri, Haji Hakim Ariff bin Md Nor.
https://www.facebook.com/knkiarafootballclub/posts/219900746318488
Stadium ini telah dibaik pulih untuk tujuan penganjuran kejohanan bola sepak, perlawanan persahabatan bola sepak dan juga boleh disewa untuk apa-apa aktiviti serta program.
Bagaimanapun, timbul satu isu apabila peminat bola sepak mempersoalkan pemilihan nama stadium yang kelihatan sedikit pelik. Setiap nama stadium mempunyai maksudnya yang tersendiri, namun apakah maksud nama Stadium Ffira Mikah?
Setelah diperiksa oleh peminat bola sepak tempatan, nama Stadium Ffira Mikah ini adalah nama Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff bin Md Noor yang diterbalikkann. Untuk rekod, Hakim Ariff ialah individu yang merasmikan stadium ini pada tempoh hari.
Isu pemilihan nama ini mendapat perhatian ramai yang mempersoalkan kredibiliti Pegawai Daerah terbabit.
“Awat nama serupa pelaq ni?”
“Aku ingatkan zaman budak budak je main nama terbalik”
“Konon2 nk kelirukan”
“Kalau bubuh nama orang yang buat stadium ok lagi”
Apa komen anda tentang isu ini?