in

“Cuba check Quran korang” – Ustaz Ini Minta Orang Ramai Hati-hati Bila Beli Al Quran

elak guna al quran jenis ini di malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum ketahui, al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam seluruh dunia dan ianya merupakan wahyu Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril.

Menurut satu penulisan tesis, penulisan atau penyalinan al-Quran di Alam Melayu dijangkakan telah bermula sekurang-kurangnya sekitar akhir abad ke-13 dan industri penerbitan al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia umumnya telah berkembang ekoran bertambahnya bilangan komuniti Islam untuk mendalami ilmu al-Quran dan memahami hukum-hakamnya.


Hari ini, kita boleh temui pelbagai jenis al-Quran dengan pelbagai reka bentuk serta ciri-ciri yang memudahkan ianya dipelajari dan difahami.

pexels abdulmeilk aldawsari 36704

Namun, menerusi satu video di TikTok oleh Ustaz Azrin Masdar ini mendedahkan yang ramai antara kita menggunakan al-Quran yang ‘salah’.

Jelasnya lagi, setiap naskah al-Quran yang ingin diterbitkan perlu melalui beberapa prosedur yang ketat selain ianya disemak oleh mereka yang pakar dalam ilmu tersebut supaya tidak berlaku kesilapan atau adanya kesalahan pada al-Quran tersebut.

@azrinmasdar88 Korang ade x Quran mcm ni kt rumah #alquran #masukberanda ♬ bunyi asal – Azrin Masdar

Menurutnya lagi, ada sesetengah dari kenalan atau mereka yang ditemuinya menggunakan al-Quran yang tidak mendapat pengesahan daripada badan yang bertanggungjawab untuk menyemak naskah tersebut.

p16nhysg04 139

“Semua bentuk pencetakan/ penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk adalah perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ)”

Menurut semakan di laman web rasmi Kementerian Dalam Negeri ada tertulis bahawa setiap atau semua bentuk percetakan dan penerbitan yang mengandungi ayat al-Quran sekurang-kurangnya satu juzuk perlu mendapatkan kelulusan pihak berwajib.

Menerusi video berkenaan, Ustaz Azrin turut mendedahkan bahawa ada beberapa jenis yang biasa ditemui di pasaran dan selalu dijual secara atas talian tidak mendapat kelulusan dan ianya melanggar Akta Percetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986.

Tambahnya lagi, naskah-naskah yang tidak mendapat kelulusan ini tidak melalui prosedur semakan dan khuatir ianya mengandungi kesalahan dari segi tanda ayat, baris dan sebagainya.

Screenshot 4 horz

Antara paparan al-Quran yang tidak sah ini turut ditunjukkan melalui video berkenaan dan salah satunya mempunyai ejaan sebutan ayat dalam bahasa melayu selain terjemahan potongan-potongan kalimah demi kalimah, bukannya ayat.

Ustaz Azrin menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dan elak untuk gunakan versi yang tidak mendapat kelulusan tersebut, dan menerusi satu video lain, ada juga diberikan contoh naskah yang ada kelulusan Kementerian Dalam Negeri.

Baca : “Baru balance dunia akhirat” – [VIDEO] Pemuda Pergi ‘Citayam Fashion Week’ Hafal Ayat Al-Quran

citayam hafal quran

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.