in

“Covid starter pack” – Wanita Kongsi Ubat ‘Must Have’ Untuk Lawan Simptom Teruk Covid-19

ubat digunakan masa sakit covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah kena Covid-19? Kalau pernah, korang alami simptom yang sangat teruk ke ataupun sekadar batuk-batuk biasa?

Bagi mereka yang pernah kena simptom Covid-19 yang sangat teruk, kebanyakannya boleh dikatakan agak trauma kerana ia sangat-sangat mengganggu kehidupan seharian.


Pun begitu, menerusi perkongsian Syaza Rahizad di Twitter, dia telah menyenaraikan beberapa ubat yang digunakannnya semasa dijangkiti wabak ini baru-baru ini.

“Covid starter pack” 

Ubat-ubat ini menurutnya membantu dia dalam melegakan tekak, batuk, selsema dan simptom-simptom lain yang dialaminya.

Berikut antara ubat yang disenaraikannya mengikut jenis sakit:

  1. Bena Expectorant (ubat batuk)
  2. Nasal spray 
  3. Difflam (untuk sakit tekak dan tekak gatal) 
  4. Dysolvon tablet (untuk sesak dada) 
  5. Panadol Actifast dan Panadol Extend 
  6. Cool fever 
  7. Throat spray 
  8. Aloclair plus (untuk ulser mulut atau pencuci mulut) 
  9. Air kelapa/air madu (untuk legakan panas dalam dan sakit tekak) 
  10. Minuman probiotik seperti kombucha, Yakult dan lain-lain (untuk kuatkan imun badan dan bantu bina imuniti)
  11. Vapor rub

Dalam pada itu Syaza juga mendedahkan simptom yang dialaminya secara kronologi. Menurutnya, tidak semua orang mengalami simptom yang serupa dan diharapkan mereka tidak mengalami simptom seteruk yang dialaminya.

Perkara lain yang korang boleh buat jika menghidap Covid-19:

  • Minum banyak air
  • Cari sesuatu yang boleh sejukkan tekak yang perit. Jauhi minuman yang berasidik kerana ia memedihkan.
  • Jangan lupa untuk makan – badan memerlukan tenaga dan perlu makan untuk makan ubat.
  • Pantau paras oksigen. Pastikan satu rumah ada satu oximeter.

Perkongsian ini telah mendapat lebih 14,000 likes dan 9,830 retweet ketika artikel ini ditulis.

Diharapkan perkongsian ini berguna kepada mereka yang sedang mengalami simptom Covid-19 yang teruk. Apa-apapun sebelum membeli ubatan berkenaan, rujuk ahli farmasi untuk kepastian. Semoga cepat sembuh! 

Baca: “Kena nyatakan bila & di mana” – MySejahtera Kini Minta Pengguna Update Gambar Ujian Kendiri Covid-19

ujian saringan covid muat naik gambar mysejahtera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.