Seperti yang kita sedia maklum, kita berada di fasa terakhir dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadualkan akan berakhir pada 31 Ogos ini.
Dalam sidang media yang diadakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri hari ini, beliau telah menerangkan beberapa kemas kini berkaitan PKPP.
4 Perkara Menarik Dalam Sidang Media PKPP
- Caj kuarantin di Institut Latihan Awam (ILA) dikurangkan kepada RM100 sehari daripada caj asal iaitu RM150 bagi seorang individu.
- Bagi sebuah keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan kanak-kanak bawah 12 tahun dibenarkan untuk menginap di bilik yang sama. Individu kedua hanya perlu menambah caj RM50 untuk makan dan minum manakala kanak-kanak pula percuma.
- Kerajaan memberi pengecualian caj kuarantin kepada keluarga B40 dan banduan dari luar negara yang tidak berkemampuan.
- Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kampung Kuala Sanglang, Perlis bermula dari 10 Ogos sehingga 31 Ogos 2020 yang melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk.
Dalam sidang media tersebut juga dimaklumkan terdapat 222 orang yang ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah tersebut, seramai 49 individu telah direman, 5 individu dijamin dan 168 individu lagi dikenakan kompaun.
Banyak inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak ini. Kita sebagai rakyat perlu memanfaatkannya dan menjadi rakyat Malaysia yang berdisiplin dengan mengikuti segala garis panduan yang telah ditetapkan. Ingat! Kita belum menang.
Baca: Ibu Bapa Kini Boleh Bawa Anak Keluar Ke Mall Atau Beriadah Ketika PKPP – Ismail Sabri Yaakob