Bukan mudah nak potong rambut kanak-kanak terutamanya yang masih bayi kerana mereka akan menggerakkan kepala ketika proses memotong sekaligus ia gunting atau trimmer yang digunakan dikhuatiri boleh mencederakan mereka.
Namun, seorang bapa telah berkongsikan cara genius untuk memotong atau trim rambut anak dengan lebih mudah iaitu meletakkan anak kecil anda di dalam kotak!
Memetik laporan Legit.ng, kotak barang yang bersaiz besar itu dipotong dengan bentuk bulat di bahagian atas agar leher bayi boleh muat dengan selesa.
Kemudian, letakkan bayi anda di dalam kotak tersebut agar anak tidak dapat bergerak ketika proses memotong rambut.
Cuma, dinasihatkan untuk siapkan cepat-cepat proses memotong tu la kan, sebab takut bayi tak selesa pula terpaksa duduk dalam kotak lama-lama.
Namun, difahamkan, bayi tersebut duduk diam je ketika rambutnya dipotong oleh bapanya, jadi nampaknya kaedah terbabit memang menjadi la kan.
Bapa tersebut telah berkongsikan kaedah memotong rambut itu di TikTok dan ia telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Rata-ratanya memuji cara dan kreativiti bapa itu untuk memudahkan proses memotong rambut bayi dan ada juga yang mahu mencuba kaedah itu pada anak kecil mereka.
Nampaknya cara tersebut telah popular di merata-rata tempat kerana ada sebuah lagi video tular di Instagram yang memaparkan pasangan ibu bapa lain menggunakan cara yang sama pada bayi mereka.
Sumber: Legit.ng, Instagram Reels